Dana kebajikan untuk rakyat: Anwar yakin KEADILAN pertahan Selangor



Dasar merakyatkan ekonomi Selangor yang dimulai sejak 2008 telah memberi kesan besar dalam dua siri Pilihan Raya Umum (PRU) lalu di mana KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) memperbaiki prestasinya


Bagi PRU ke 15, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin parti itu dapat mempertahankan pengaruh di negeri berkenaan.


Hal itu diungkapkan beliau dalam ucapan pada Majlis Berbuka Puasa bersama para hampir 750 Ketua Kampung, wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua komuniti di Selangor, baru baru ini bertempat di Dewan Bankuet, SUK Selangor.


"Saudara saudari, Selangor seperti mana disebut saudara Amir (Menteri Besar) telah menunjukkan keupayaan memperuntukkan dana bagi kebajikan rakyat


"Sebab itu saya setuju dengan gesaan beliau. Walaupun ada beberapa ulasan dari Pilihan Raya Kecil beberapa ketika dahulu, saya yakin bahawa (KEADILAN) Selangor bukan sekadar mengekalkan tetapi akan memperbaiki prestasinya berbanding pilihan raya yang lalu.


"Ada rencana dan kebijakan ekonomi MB dan kerajaan Negeri Selangor membantu hal hal yang sedemikian. Selagi saudara teruskan kerja sebegini (membantu rakyat), apa sahaja analisis tentang keupayaan kita memenangi pilihan raya akan datang, kita boleh humban mereka kerana kita yakin khidmat yang saudara lakukan," katanya.


Untuk rekod, dasar merakyatkan ekonomi Selangor dan pemberian bantuan berkala mempopularkan KEADILAN dan PH sepanjang PRU 2013 dan 2018.


Pada 2018 lalu rakyat Selangor hanya membenarkan 5 DUN dimenangi pembangkang dan PH memperolehi majoriti lebih 2/3. Namun selepas Bersatu meninggalkan PH dan berlakunya Langkah Sheraton kerajaan PH hanya mempunyai majoriti mudah di dalam Dewan Negeri Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER