top of page

Dana judi: Siasatan belum tamat, jangan buat kesimpulan awal



Siasatan dakwaan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dihenti atau digugurkan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa semua pihak tidak terlalu awal membuat kesimpulan mengenai siasatan tersebut.


Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat, Azalina menegaskan tidak menyatakan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihentikan atau digugurkan.


"Adalah penting untuk ditegaskan bahawa selain SPRM, terdapat juga agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dan berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana entiti.


"Undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa untuk memulakan sebarang tindakan atas kes-kes jenayah," katanya dalam kenyataan yang dikongsi dalam Twitternya pada Jumaat.


Azalina sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa siasatan SPRM setakat ini mendapati tiada unsur rasuah termasuk membabitkan sumber dana oleh parti daripada kerajaan ketika PRU15.


SPRM setakat ini tidak membuka fail pertuduhan memandangkan maklumat diperolehi berhubung dakwaan itu hanya bersifat umum.


Walau bagaimapun tegasnya, jika terdapat mana-mana orang yang mempunyai bukti baharu berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak SPRM dan siasatan serta tindakan lanjut sewajarnya akan dijalankan dengan kadar segera mengikut lunas undang-undang.


Beberapa pemimpin PN sebelum ini menggunakan jawapan Azalina di Dewan Rakyat untuk menyindir pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai dakwaan bahawa PN ada menerima dana daripada syarikat perjudian bagi kempen PRU15.


Azalina kemudian tampil menegaskan adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak untuk mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan bertulis yang diberikan dalam Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page