top of page

Dana berkaitan Hamas: Saifuddin akan nyata pendirian Malaysia kepada AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9, 2024
  • 1 min read

ree

Kerajaan akan menyatakan pendirian rasmi Malaysia berkait pendanaan Iran dan proksinya.


Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang akhbar pada Rabu berkata, beliau akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson hari ini untuk mendengar perkara ingin dibangkitkan.


"Pada akhir mendengar pembentangan mereka…saya akan memberikan penjelasan ataupun ‘official position’ (pendirian rasmi) kerajaan tentang perkara yang tertentu," katanya dipetik.


Reuters sebelum ini melaporkan kebimbangan AS terhadap dana digerakkan Iran kepada proksinya, termasuk Hamas, menerusi sistem kewangan Malaysia.


Nelson turut dilapor akan berkunjung ke Malaysia dan Singapura minggu ini dalam usaha Washington mengekang pembiayaan untuk Iran dan proksinya, serta sekatan dikenakan terhadap Rusia.


Mac lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas, bukannya mana-mana kumpulan militan.

Bagaimanapun, AS menetapkan Hamas sebagai organisasi pengganas asing pada 1997.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page