Dana bantuan guaman Selangor, langkah progresif angkat prinsip keadilan



Dana Bantuan Guaman Selangor yang diwujudkan dengan peruntukan khas sebanyak RM1 juta oleh Kerajaan Negeri merupakan langkah progresif untuk mengangkat prinsip keadilan bagi rakyat di negeri itu.


Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Undang-undang Wanita KEADILAN, Rabiatul Adawiyah Sulaiman serta timbalan beliau M Telagapathi, tindakan tersebut akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Selangor yang berpendapatan rendah atau miskin bandar melalui akses khidmat nasihat guaman secara percuma dalam kes-kes sivil tertentu.


"Wanita KEADILAN mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor di atas peruntukan dana sebanyak RM 1,000,000 bagi pelaksanaan Program Dana Bantuan Guaman Selangor di bawah Belanjawan Selangor 2022.

Telagapathi A. Marimuthu

"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor menjadi Kerajaan Negeri pertama yang memperjuangkan nasib rakyat mendapatkan akses guaman melalui peruntukan dana di peringkat negeri. Langkah progresif ini bukan sahaja membantu golongan sasar dalam urusan litigasi, malah turut berfungsi merakyatkan undang-undang Malaysia.


"Wanita KEADILAN menyokong penuh usaha murni ini. Lebih-lebih lagi kategori kes di bawah program yang bakal dilaksanakan selama tiga tahun ini bukan sahaja kes berkenaan isu pekerjaan dan kepentingan awam, tetapi juga termasuk kes tuntutan hak jagaan anak," kata kenyataan tersebut.


Menurut mereka lagi, manfaat berkenaan terutamanya akan dapat dirasai golongan ibu yang menghadapi waktu-waktu sukar dalam proses perceraian


Kata mereka, bantuan guaman amat diperlukan dengan meningkatnya kes perceraian di Malaysia susulan tekanan pandemik Covid 19 yang menimpa ribuan pasangan suami-isteri.


"Wanita KEADILAN berpendapat Program Dana Bantuan Guaman Selangor ini harus diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain.


"Ia boleh dilihat sebagai satu inisiatif tambahan kepada Biro Bantuan Guaman yang ditadbir di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 dan Pusat Bantuan Guaman di bawah Majlis Peguam Malaysia yang sudah wujud bagi meluaskan lagi capaian bantuan guaman kepada rakyat demi memastikan hak litigasi mereka boleh dipenuhi," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER