top of page

Dalami khazanah Islam, beradab dalam berbeza pendapat

Updated: Jul 5, 2023



Umat Islam Malaysia digesa mengamalkan disiplin yang lebih baik dalam menghadapi perbezaan pendapat.


Hal itu dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sempena pelancaran buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam karya Sheikh Taha Jabir al-Alwani di Audotorium Jakim, pagi tadi.


Menurut beliau, umat Islam perlu menggali khazanah ilmu daripada ulama besar masa silam.


Bagaimanapun, katanya, hal itu telah dilupakan di banyak dunia Islam sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai perbenturan dalam kalangan umat


"Kekacauan ini banyak berlaku di dunia Islam.


"Gerakan ini (dahulunya) yang menolak penjajahan. Membangkitkan kesedaran dengan kupasan bernas berdasarkan turath, menggali khazanah lama


"Tetapi perkembangan kemudian, percambahan karya baru itu seolah olah meninggalkan turath, mengambil keputusan sendiri berdasarkan taklid dan kefahaman mereka, walaupun saya mendukung Sheikh Taha bahawa umat Islam tidak boleh belingkar dalam fahaman jumud tanpa berbicara soal soal berdasarkan ijtihad.


"Shekih Taha berpandangan ada hal yang perlu taklid tetapi perlu diijtihadkan. Tetapi ijtihad itu perlu berdasarkan kupasan (ulama besar)," katanya.


Anwar menolak segolongan Melayu Islam sama ada intelektual atau pemimpin yang ikut ikutan dalam memperjuangan isu Melayu tetapi tidak mengetahui mengenai khazanah besar ilmu Melayu.


"Ada orang kata (perjuang) Melayu, tanya kupasan khazanah Melayu dia tidak tahu. (Ulama besar) Daud Fatani pun dia tidak pernah dengar, tetapi hanya digunakan untuk slogan politik picisan menarik sebahagian yang sama sama dangkal.


"Kalau benar nak kuatkan tamadun Melayu, mesti menggali turath pemikiran besar dunia Melayu yang lalu," katanya.


PM dalam pada itu mengiktiraf kejayaan Yayasan Karyawan yang telah banyak menyumbang karya terjemahan untuk pencerahan ilmu kepada umat Islam Malaysia.


Selain itu, beliau juga menggesa rakyat agar memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam konsep Malaysia Madani.


Untuk rekod, pentadbiran Anwar giat menggerakan pelbagai program bagi meningkatkan syiar Islam di negara ini.


Ia termasuk meletak sasaran melahirkan 125,000 hufaz profesional di seluruh negara menjelang tahun 2050.


Anwar pada 26 Mei lalu turut menyuarakan hasrat supaya institusi masjid di negara ini menjadi pangkalan ibadah dan pusat ilmu, sekali gus mengangkat martabat dan darjat umat Islam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page