top of page

'Dalam perjuangan perlu berperang, berunding' - Dr Zulkifly Mohamad

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 30, 2022
  • 2 min read

ree

Strategi berunding atau berperang dalam hala tuju KEADILAN yang sengit diperbahaskan ketika ini tidak seharusnya menimbulkan pertentangan tajam.


Menurut Calon Ketua Cabang KEADILAN Pendang, Datuk Dr Zulkifly Mohamad, kedua dua kaedah tersebut adalah cara yang digunapakai dalam perjuangan bergantung kepada situasi semasa.


"Sebagai kebiasaan rundingan adalah senjata dalam perjuangan. Orang yang matang berpolitik tidak boleh mengetepikan sikap diplomasi.


"Cuma had dalam rundingan itu penting diambil perhatian. Dalam parti soal perundingan bukan soal yang disuarakan seorang hero atau pemimpin sahaja tetapi dia bawa suara ramai pimpinan dalam parti itu. Kalau runding maknanya bawa semua suara dalam parti, maka itu persetujuan bersama. Tidak boleh disalahkan perundingan tersebut kerana ia suara pemimpin parti.


"Apa salahnya berunding? Tetapi sebahagian orang kalau dia ingin mengambil hati orang bawahan maka isu yang diketengahkan, biasanya, 'saya tak akan berunding, lawan habis habisan'.


"Itu orang nak dapat sokongan peringkat bawahan. Tetapi sebagai pemimpin matang perlulah ada perundingan," katanya dalam forum yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, baru baru ini.


Ditanya mengenai persiapan di peringkat cabang Pendang menuju Pilihan Raya Umum ke 15, Dr Zulkifly berkata cabang memainkan peranan penting dalam mempersiapkan jentera pilihan raya.


Selain itu, katanya, cabang yang kuat juga akan mampu melaksanakan gerak kerja dan penerangan kepada masyarakat tentang keupayaan parti, dasar perjuangan serta membela rakyat yang perlu dibantu.


"Apabila kita mantap bukan sahaja untuk kita hadapi pemilihan parti tetapi dalam masa sama kita mantapkan cabang kita.


"Kekuatan cabang ini sangat penting. Peringkat ketua cabang, timbalan, naib dan AJK mesti kukuh dan bersatu padu.


"Bila kita bersatu apa sahaja program kita, apa sahaja yang perlu sampai ke masyarakat itu mudah sampai. Ada jalan penyampaian itu dari orang kita, AJK dan maklumat sampai kepada msyarakat


"Misalnya baru baru ini kita (cabang Pendang) buat program sambut Ramadan hampir 3,000 orang hadir ke majlis kita. Jadi platform atau siar raya kita. Kemudian program bubur lambuk dua tiga tempat, ziarah Ramadan. Selain adakan program menjual pada paras harga lebih rendah, masyarakat boleh memberi barangan menjelang raya.


"Hampir sambut raya, kita akan sembelih lembu dan jual daging bawah harga pasaran dalam situasi tertekan ekonomi ini," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page