
Umat Islam diingatkan supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka ketika menyambut Hari Raya Aidiladha.
Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata rakyat Malaysia perlu sentiasa berwaspada bagi mengelakkan daripada sebarang kluster Aidiladha.
"Ketika beraya haji ini, kita perlu ingat kes COVID-19 sedang meningkat, jadi jangan ambil perkara ini sambil lewa," katanya menerusi perutusan hari raya Aidiladha.
Wan Azizah turut memberikan peringatan supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dtetapkan Kementerian Kesihatan.
"Jangan lupa penjarakan sosial, jangan lupa basuh tangan selalu, jagalah keselamatan, kesihatan dan kebersihan diri.
"Jangan lupa juga untuk memakai pelitup muka, ingat kepada prinsip kita jaga kita, kerana ia tanggungjawab kita.
"Selamat Hari Raya Aidiladha, ikhlas daripada Kak Wan," katanya.