top of page

Dalam Islam membasmi kemiskinan tanggungjawab utama kerajaan - Ustaz Zaidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pengerusi Biro Agama Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR), Ustaz Zaidi Tohirin (gambar) membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mendakwa usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.


Menurut Ustaz Zaidi, untuk pengetahuan Zawawi, Dr Muhammad Abdul Halim Umar iaitu Pengarah Pusat Ekonomi Islam Soleh Kamil di Universiti Al-Azhar, Mesir, menyatakan bahawa Islam menolak kemiskinan sebagai 'takdir kehidupan' dan memandang serius isu tersebut.


Malah katanya, Dr Abdul Halim menegaskan bahawa adalah menjadi kewajipan fardu ain bagi golongan kaya membantu fakir miskin.


''Beliau (Dr Abdul Halim) berkata Islam telah memberikan perhatian yang besar untuk memerangi kemiskinan dan telah menjadikannya sebagai kewajipan fardu ain bagi setiap Muslim yang kaya.


''Beliau juga menyebutkan Islam memerangi kemiskinan, menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab sebuah kerajaan untuk berusaha membasmi kemiskinan, memberi tumpuan kepada mereka dengan membekalkan ilmu, latihan, kemahiran dan peluang-peluang pekerjaan.


''Inilah tanggungjawab sebuah kerajaan. Bukan membiarkan rakyat dalam kesusahan dan kepayahan, membekalkan air tidak bersih, malah menekan menaikkan tarif air yang tinggi.


''Sebuah kerajaan hendaklah melaksanakan kutipan dan agihan zakat dengan efektif untuk menaikkan (meningkatkan) taraf kemiskinan kerana itu termasuk kewajipan fardu ain kepada golongan yang berkemampuan dalam kewajipan mengeluarkan zakat,'' katanya dalam satu klip video.


Dalam video sama, Ustaz Zaidi turut mengambil contoh pesanan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil berkait kemiskinan.


Ujarnya, Ustaz Fauwaz berkata, Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan tidak memandang kemiskinan sebagai sesuatu yang remeh.


Sebaliknya tambah Ustaz Fauwaz, Islam mengajarkan umatnya bahawa kemiskinan merupakan sesuatu perkara negatif dan buruk, lantas perlu dielakkan.


''Diriwayatkan daripada Saidina Anas bin Abdul Malik dalam hadis yang disandarkan kepada Rasulullah yang bermaksud 'hampir-hampir sahaja kefakiran itu menjadi sebab kepada kufur'.


''Di samping itu Islam secara tegas menolak idea bahawa kemiskinan adalah nasib yang perlu diterima secara pasif, Islam tidak mengajar kita untuk reda kepada kefakiran dan kemiskinan yang dapat diatasi dengan pelbagai cara.


''Hal ini juga ditunjukkan oleh Rasulullah dalam doanya yang bermaksud 'Ya Allah aku berlindung kepada Mu daripada kekufuran dan kemiskinan,'' katanya lagi.


Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat sebelum ini, Zawawi dilaporkan mendakwa istilah menoktahkan kemiskinan sebagai sembang kosong yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.


Beliau mendakwa idea Kerajaan Madani menoktahkan kemiskinan itu bercanggah dengan naluri dan fitrah sebenar penciptaan manusia kerana di mana mana negara wujud kemiskinan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page