top of page

Dakwaan Persekutuan pinggir negeri pembangkang tidak benar - Anwar



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pentadbirannya bersikap zalim dan meminggirkan negeri yang diterajui pembangkang.


Dalam ucapan pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi di Bukit Mertajam semalam, Anwar berkata pentadbirannya sentiasa berusaha membina hubungan baik termasuk dengan negeri diterajui pembangkang.


Ia jelasnya terbukti apabila ada negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, menerima pertambahan peruntukan dan bukan dikurangkan.


"Menteri Besar Kelantan bincang dengan kita (kerajaan) nak tambah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi mengatasi banjir di Sungai Golok. Kita tambah kerana masalah banjir di sana lebih berat jika hendak dibandingkan dengan Permatang Pauh (kawasan lain).

"Di sini, saya nak bina fakta dan bukan rekaan. Menteri Besar bagi beberapa cadangan dan saya terus catit sebelum memberi arahan.


"Esok (Sabtu), saya akan ke Terengganu dan Menteri Besar usulkan saya jumpa pegawai Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pun akan beri kerjasama," katanya.


Sementara itu tambah Anwar, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu mempertajamkan persaudaraan, dengan tidak menjadikan politik sebagai perbedaan.


"Masa PRN (Pilihan Raya Negeri) lawanlah, tetapi sekarang saya harap kita dapat mempertajamkan persaudaraan dalam kalangan kita dan barulah boleh jaga kehidupan rakyat," katanya.


Jelasnya, apa yang diterapkannya itu adalah berdasarkan konsep MADANI bagi memastikan hasrat kerajaan membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara dapat dijayakan.


"Ia adalah semangat kemanusiaan berteraskan nilai dan kerjasama untuk tegakkan keadilan," jelas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu lagi.


0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page