top of page

Dakwaan kerajaan tidak stabil cuma 'sembang politik' - AMK

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
52 minutes ago
1 min read
Muhammad Kamil Abdul Munim. Gambar arkib
Muhammad Kamil Abdul Munim. Gambar arkib

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat menyelar sikap segelintir segelintir pemimpin dalam kerajaan yang seolah-olah menggambarkan pentadbiran negara berada dalam keadaan tidak stabil.


Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata kenyataan-kenyataan tersebut tidak mencerminkan realiti sebenar kerajaan hari ini dan hanya sebahagian perbahasan politik dicipta bagi memenuhi kepentingan kelompok pimpinan tertentu dalam parti masing-masing.


"Kita dengar ucapan-ucapan yang seolah-olah memberi gambaran keadaan tidak stabil, tidak kukuh dan sebagainya, tetapi itu adalah kenyataan politik biasa.


"Ada juga percubaan daripada kelompok tertentu yang sengaja mewujudkan keadaan tidak stabil ini bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu dalam parti mereka


"Kestabilan politik perlu dilihat secara rasional kerana ia asas penting memastikan dasar serta perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan, selain menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu kepada pemberita di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta di Ipoh semalam bagi menyerahkan cek sumbangan peruntukan Perdana Menteri kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak.


Antara penerima sumbangan ialah Persatuan Penganut Sri Muniswarar, Persatuan Kebajikan Komuniti Penyanyang Kuala Kangsar, Surau Kampung Sayong Hilir, Kelab Muda Mudi Inspirasi Ulu Kinta dan Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun.


Mengulas dakwaan berhubung serangan politik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, rakyat mempunyai ruang untuk menilai sendiri pemimpin yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab berbanding mereka yang lebih banyak berpolitik.


"Setengah orang dia berani cakap saja, tapi dia tak berani buat. Itu kita kena nilai mana pemimpin yang bekerja dan mana yang sekadar bermain politik.


"Saya ingat rakyat boleh buat penilaian dengan baik," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page