top of page

Dakwaan KEADILAN Sarawak dalam kemelut tidak berasas


Tindakan Larry Sng meletakkan jawatan sebagai Pengerusi KEADILAN Sarawak tidak semestinya membuktikan parti di negeri itu berada dalam krisis.


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit menganggap hasrat Larry itu telah disalah erti oleh Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang yang menyangka KEADILAN dalam kemelut ketika ini.


"KEADILAN Sarawak menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas ini baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri.


"Idris suka menangguk air keruh. Berkias melindungi kelemahan urustadbir dan rasuah dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN)," katanya dalam kenyataan.


Abun sebaliknya menjelaskan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak mengambil maklum tentang hasrat Larry dan akan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.


"Itu merupakan hasrat peribadi beliau untuk memberi laluan kepada pemimpin lain. Walau bagaimanapun hasrat ini akan dibincangkan oleh MPN Sarawak dalam masa terdekat.


"Justeru, KEADILAN Sarawak berharap ahli KEADILAN di seluruh Sarawak diminta bertenang kerana hasrat YB Larry Sng Wei Shien ini akan ditangani dengan baik.


"KEADILAN Sarawak juga berharap agar rakyat Sarawak tidak mudah terpengaruh dan dikelirukan oleh pihak luar KEADILAN Sarawak yang mempunyai agenda tersembunyi dalam memberi kritikan negatif terhadap urusan KEADILAN ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page