top of page

Dakwaan hutang negara meningkat RM600 bilion manipulasi fakta

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
12 hours ago
1 min read

Dakwaan penyokong pembangkang kononnya hutang negara meningkat hampir RM600 bilion di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan memanipulasi fakta.


Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos berkata, pertambahan hutang sebenar berdasarkan kategori setara, hanyalah sekitar RM299.3 bilion.


"Dakwaan para laskar siber, penyokong dan pakar terpaling Perikatan Nasional (PN) - Barisan Nasional (BN) bahawa hutang bertambah hampir RM600 bilion sepanjang pentadbiran Datuk Seri Anwar adalah salah sama sekali.

Eddiarman Mohd Yunos
Eddiarman Mohd Yunos

"Ini kerana mereka mengambil dan memanipulasi punca fakta daripada perbandingan dua kategori berbeza.


"Angka sekitar RM1.1 trilion pada akhir 2022 merujuk hutang Kerajaan Persekutuan sahaja, sedangkan RM1.76 trilion pada akhir Jun 2026 merangkumi hutang serta liabiliti, termasuk komitmen jaminan dan obligasi kewangan lain.


"Kedua-duanya tidak boleh ditolak terus untuk menentukan pertambahan hutang. Berdasarkan laporan rasmi Kementerian Kewangan, hutang Kerajaan Persekutuan ialah RM1,079.6 bilion pada akhir 2022 dan RM1,378.9 bilion pada akhir Jun 2026.


"Apabila kategori yang sama dibandingkan, pertambahannya sekitar RM299.3 bilion, bukannya RM600 bilion," kata beliau menepis dakwaan berkenaan.


Eddiarman berkata, pengurusan hutang negara memang wajar diteliti namun sebarang kritikan perlu berasaskan perbandingan angka yang setara bagi mengelakkan kekeliruan.


Katanya, tindakan mencampurkan angka hutang dengan liabiliti lain hanya akan menghasilkan gambaran tidak tepat mengenai pertambahan hutang sebenar negara.


"Hutang tidak bermula daripada kosong setiap kali Perdana Menteri bertukar. Begitu juga kategori pengiraan tidak boleh ditukar sesuka hati untuk membesarkan angka.


"Kalau tak mampu menjawab jangan sebarkan kekeliruan. Tak takut dosa ke? Jangan kerana fanatik parti kamu sanggup memanipulasi fakta untuk memburukkan pihak lawan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page