top of page

Dakwaan Chegubard terhadap MB Selangor taktik terdesak - Setiausaha politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 21, 2024
  • 1 min read


Dakwaan Badrulhisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari adalah tuduhan jahat.


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad melalui satu kenyataan berkata, dakwaan kononnya Amirudin meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri adalah episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan putar-belit dimainkan pembangkang ketika Pilihan Raya Negeri sebelum ini.


Dakwaan itu juga tegasnya adalah taktik terdesak pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.


"Dengan beberapa fakta salah dan tersasar yang dikenal pasti melalui hantaran beliau terdahulu, kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan beliau untuk menyertai kelompok individu yang akan disaman sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancarkan serangan politik murahan.


"Pejabat Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi usaha membersihkan nama Menteri Besar Selangor berhubung dakwaan mengkal ini," katanya dipetik.


Chegu Bard mendakwa Amirudin telah meluluskan tanah kepada syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB).


Beliau mendakwa memiliki dokumen surat yang didakwanya bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan sebanyak 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada syarikat terbabit.


Ogos tahun lalu, (LLSB) memfailkan writ saman terhadap Chegu Bard kerana menyebarkan fitnah berkenaan syarikat itu semasa berkempen untuk meraih keuntungan politik.


Jurucakap syarikat itu memberitahu, dakwaan Chegu Bard bahawa syarikat itu menjalankan operasinya dengan cara tidak wajar hanya berdasarkan kepada maklumat palsu serta diputarbelitkan, yang diperoleh daripada draf dokumen tanpa merit.

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page