top of page

Dakwaan Bersatu 'beli' ahli: Pemuda Umno wajib buat laporan SPRM - AMK



Dakwaan Ketua Pemuda Umno baru-baru ini bahawa ahli parti itu 'dibeli' atau dicuri oleh Bersatu dengan bayaran RM100 seorang wajar dipanjang ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasyia (SPRM).


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir dakwaan cuba memberi ahli, memperuntukkan RM3,000 - RM5,000 bagi penubuhan cawangan Bersatu atau RM20,000 sebagaimana dakwaan Umno Perak, mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa.


"Tiada yang luar biasa bagi parti pengkhianat untuk terus mengkhianati serta melakukan sogokan, dan saya tidak berminat untuk mengulas persengketaan terbuka Umno-Bersatu. Tambahan pula semua sedia maklum matlamat penubuhan Bersatu sememangnya mahu melemah dan menggantikan Umno.


"Namun apabila melibatkan soal integriti, AMK terpanggil menyatakan pandangan demi tanggungjawab untuk melihat gerakan politik orang muda agar mempelopori budaya politik berintegriti dan berprinsip serta terhindar dari elemen rasuah dan salah guna kuasa.


"Dakwaan Ketua Pemuda Umno bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh hanya mengesahkan budaya politik wang kembali mekar dan amat mendukacitakan apabila amalan kotor ini melibatkan parti-parti politik yang berselindung disebalik sentimen agama dan bangsa," kata Akmal dalam satu kenyataan.


Oleh itu, Akmal menasihatkan Pemuda Umno segera mambawa kes tersebut ke pengetahuan pihak berkuasa agar budaya politik wang tidak terus menerus menular dalam kalangan parti politik Malaysia.


"AMK menasihatkan dakwaan sogokan perlu dilaporkan segera kepada SPRM tanpa perlu menunggu diugut untuk disaman oleh satu pihak lagi seperti yang dinyatakan Ketua Penerangan Bersatu. Ini selaras dengan perkara 25 (1) Akta SPRM yang menyatakan tentang kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan.


"Ini juga memungkinkan siasatan akhirnya dibuat terhadap rakaman suara yang bocor sebelum ini mirip Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan sogokan jawatan dan lantikan untuk sokongan bagi membentuk kerajaan serta kontroversi tawaran surat sokongan pemuda Bersatu (ARMADA) sebagai meraih undi ketika perebutan jawatan parti; yang sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan siasatan walaupun telah banyak laporan dibuat," katanya lagi.


AMK, menurut Akmal tidak mahu generasi pewaris politik negara ditentukan nilai sokongan mereka dengan wang ringgit dan seterusnya akan menjadi perasuah tegar seandainya mereka diberi peluang sebagai pemimpin atau menteri pada masa hadapan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page