top of page

Dakwaan artis digam kerana pro pembangkang tak benar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 19, 2023
  • 1 min read


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya ada arahan dikeluarkan supaya artis yang condong kepada pembangkang disekat untuk bersiaran di stesen televisyen kerajaan.


Perkara itu dinyatakan Fahmi susulan gesaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan yang meminta beliau memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.


"Tidak digam. Tiada arahan sedemikian," kata Fahmi di Twitter.


Sebelum ini pemilik akaun @MacGorjes membuat ciapan di twitter mendakwa seorang penyanyi era 1990-an “digam” atas kecenderungan politiknya yang sering menghentam Kerajaan Perpaduan.


Namun, ciapan tersebut dipadam oleh pemilik berkenaan sejurus mendapat perhatian warganet.


Dalam pada itu Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman turut menafikan dakwaan pihaknya mengenakan sekatan kepada artis yang condong kepada pembangkang.


"Kita di RTM tidak ‘gam’ mana-mana penyanyi pun. Industri akan rugi kalau kita gam-menggam ini.


"Yang elok kita semua cakap elok-elok dan tidak perlu gaduh-gaduh," katanya dilapor media.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page