top of page

Dakwa KPN bohong: Pemimpin KEADILAN cabar Sanusi buat laporan polis



Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi dicabar untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya tidak memberi kerjasama kepada pihak polis berkaitan pendakwaan kes menghina Sultan Selangor di Mahkamah Sesyen Selayang, kelmarin.


Mantan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyarankan pemimpin Pas tersebut supaya membuat laporan polis agar siasatan menyeluruh boleh dibuat ke atas dakwaan tersebut.


"Kalau benar dakwa dia (Sanusi) mengatakan Ketua Polis Negara (IGP) 'menipu'. Saya cabar esok pergi buat laporan polis," katanya dalam satu forum Media Perpaduan “Pertarungan Pertahan Maruah”, malam tadi.


Abdullah Sani menganggap tangkapan pada pukul 3 pagi itu wajar kerana pihak polis telah habis ikhtiar bagi memastikan Sanusi hadir ke mahkamah kerana Sanusi tidak menjawab panggilan telefon sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, semalam.


"Saya mendengar laporan daripada Ketua Polis Negara, jelas ditelefon (oleh polis) dia (Sanusi) tak angkat telefon. Ini polis nak panggil suruh pergi ke mahkamah. Itu pun dia tak respons. Tetapi ceritanya dizalimi, ditangkap pukul 3 pagi.


"Orang yang mengkritik dia (pada 2022), pukul 3 pagi diangkut 4 orang oleh pihak polis. Ada orang pertikaikan?


"Orang itu tidak pun ditelefon polis. Ini polis telefon tak angkat," katanya.


Terdahulu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan penahanan ke atas ‘poster boy’ PN Kedah itu dibuat pada jam 3 pagi Selasa lalu selepas beliau tidak menjawab panggilan telefon daripada polis mengenai pertuduhan ke atasnya.


Namun, Sanusi menafikan kenyataan pihak berkuasa tersebut.


Dalam pada itu, Abdulllah Sani yang juga Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN bersetuju agar pemimpin pembangkang itu didakwa supaya beliau lebih berwaspada ketika berucap selepas ini.


"Tatkala dia serang Zahid Hamidi (Presiden UMNO) dan memperlekehkan Amir (Menteri Besar Selangor) tidak cukup inci masih belum dikenakan tindakan.


"Oleh sebab itu, sifatnya yang suka memperlekehkan orang akhirnya mengundang padah," ujarnya lagi.


Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa berhubung isu mempertikai pelantikan Menteri Besar Selangor oleh Sultan Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik di Selayang pada 11 Julai lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page