top of page

Daim Zainuddin bakal didakwa minggu depan - Azam Baki



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menghadapkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ke Mahkamah bagi dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kini pihaknya sedang menetapkan tarikh untuk beliau ke mahkamah selepas pihaknya dimaklumkan Daim sudah dibenar keluar dari Hospital.

"Pegawai penyiasat dalam perbincangan bagi pertuduhan di mahkamah dikenakan terhadap beliau.


"Kemungkinan besar minggu depan (Daim didakwa)," kata Azam dipetik laporan.


SPRM pada Rabu mendedahkan Jabatan Peguam Negara sudah memberi kebenaran untuk suruhanjaya itu mendakwa sekutu rapat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu sejak minggu lalu.


Walaupun ia ditangguhkan kerana Daim dimasukkan ke hospital.


Siasatannya terhadap Daim bermula pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora, yang mengaitkan tokoh terkemuka di Malaysia dengan kawasan perlindungan cukai luar pesisir.


Agensi antirasuah itu telah memanggil isteri Daim, Naimah Abdul Khalid, dan anak-anak mereka, Amir dan Amin, untuk memberikan maklumat mengenai aset milik keluarga itu.


Pada Selasa, Naimah didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Daim dan keluarganya memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar siasatan itu, yang menurut mereka, bercanggah dengan perlembagaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page