top of page

Dahulu mahu hukuman hudud, sekarang PAS 'sejuk beku macam air batu di Antartika'


Selama lebih 30 tahun, pendirian PAS terhadap isu pemandu mabuk tidak pernah berubah.


Parti yang membawa agenda Islam itu sering menggesa kerajaan dari zaman Barisan Nasional hinggalah Pakatan Harapan supaya mengenakan hukuman hudud dan qisas terhadap pemandu mabuk iaitu kesalahan yang menyebabkan kematian perlu dibalas dengan nyawa.


Namun, sejak menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional dua bulan lepas, Pengerusi Majlis Pimpinan Pusat Negeri Keadilan Terengganu, Azan Ismail berasa hairan mengapa PAS langsung tidak menyebut soal meminda undang-undang dengan menggunakan hukuman hudud mahupun qisas.


"Bertahun-tahun pemimpin PAS gesa kerajaan supaya pemandu mabuk dikenakan hukuman berat dengan menggunakan hudud dan Qisas, sama seperti mereka mahu jualan arak diharamkan kerana katanya Malaysia ini negara Islam.


"Tetapi sejak jadi kerajaan, tiba-tiba mereka senyap, jadi beku macam air batu di Antartika," katanya kepada Suara Keadilan.


Malah Azan menganggap, PAS yang dahulunya menuduh Pakatan Harapan (PH) tidak serius dengan isu pemandu mabuk kononnya kerana DAP berkuasa, kini seolah-olah takut untuk memperjuangkan hudud.


"Pemimpin PAS hanya sebut yang mereka akan teruskan pindaan akta pengangkutan, tapi pindaan itupun datang daripada PH.


"Mereka menunjukkan ketakutan luar biasa, padahal PAS parti Melayu dan Islam macam UMNO dan Bersatu. Takkan mereka takut dengan MCA.


"PAS sepatutnya berasa malu kerana menggunakan isu pemandu mabuk untuk memenangi hati rakyat. Mereka menanggung dosa kerana menipu dan mengelirukan rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page