top of page

Formula Ketua Pemuda UMNO tidak bantu proses rundingan kerusi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 2 min read


Pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi sukar sekiranya formula Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang enggan menyerahkan mana mana kerusi DUN yang dimenangi BN pada 2021 lalu kepada Pakatan Harapan (PH) diguna pakai.


Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Haziq Azfar Ishak, rundingan kerusi seharusnya berpaksikan suasana politik semasa, dan hal itu telah dipraktikkan oleh PH terutama dalam PRN di Selangor 2023 lalu yang mana BN mendapat 12 kerusi daripada 56 DUN, biarpun parti itu tidak menang satu kerusi parlimen pun dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2022.


"Jika formula yang dibawa oleh Dr Akmal dijadikan asas rundingan, BN seharusnya tidak layak mendapat kerusi dengan bilangan tiga kali ganda lebih banyak pada PRN Selangor yang lepas, jika dibandingkan dengan keputusan BN di DUN pada PRU14.


"Lebih parah lagi, BN mungkin tidak layak menerima walau satu kerusi pun dalam agihan PRN Selangor dan Pulau Pinang yang lalu memandangkan tiada kerusi dimenangi mereka dalam kerusi Parlimen pada PRU15 di negeri-negeri tersebut jika mahu dinilai dengan prestasi pilihanraya terkini, sekiranya formula Dr Akmal Saleh digunakan," katanya dalam kenyataan.


Tegas Haziq, prestasi semasa menunjukkan PH mempunyai pengaruh dan gerak kerja lebih baik di Melaka berbanding pada PRN 2021 lalu.


Katanya, Dr Akmal sebaik baiknya menilai situasi terbaharu dan berpandukan prestasi semasa sebelum membuat kenyataan.


"(Sebaliknya) kenyataan Dr Akmal mencerminkan keengganan untuk mengambil kira prestasi semasa, termasuk keputusan pilihanraya selepas PRN Melaka, kekuatan jentera, penerimaan rakyat setempat, serta potensi kemenangan dalam menentukan agihan kerusi, iaitu faktor-faktor penting yang seharusnya menjadi asas kepada rundingan.


"Pendekatan keras dan bersifat dominasi seperti ini langsung tidak menambah nilai dalam mana-mana perbincangan politik, apatah lagi dalam usaha membina muafakat dalam Kerajaan Perpaduan," kata Haziq lagi.


Untuk rekod, PRN Melaka boleh diadakan pada tahun hadapan apabila genap penggal lima tahun pemerintahan.


Dalam PRN 2021 lalu, PH hanya menang lima kerusi DUN berikutan pilihanraya yang dilaksanakan dalam suasana pandemik Covid 19.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page