Berbekal pengalaman pimpin cabang, Razeef mahu obor reformasi menyala
- Suara Keadilan
- 3 hours ago
- 1 min read

Berbekalkan pengalaman memimpin peringkat cabang, Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin bertekad sekiranya diberi mandat sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) beliau mahu memastikan obor reformasi terus menyala.
"Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, pada pemilihan kali ini saya akan bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan bagi sesi 2025-2028.
"InsyaAllah dengan pengalaman mempimpin di peringkat Cabang, Negeri dan Pusat selama hampir 10 tahun sejak menganggotai KEADILAN 19 tahun lalu, saya merayu sokongan dan dokongan keluarga besar KEADILAN Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk memberi saya ruang dan peluang membawa suara akar umbi di peringkat Majlis Pimpinan Pusat dan memastikan obor reformasi sentiasa menyala," katanya dalam muat naik di Facebook.
Razeef berpengalaman dalam pimpinan KEADILAN Sabah dan pada waktu ini merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Sabah.
Comentarios