top of page

Daftar SSM percuma: Kerajaan MADANI bantu perniagaan OKU, Warga Emas

  • Writer: Noraini Nordin
    Noraini Nordin
  • 2 hours ago
  • 4 min read

ULASAN BERITA: Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat dengan memperkenalkan lagi inisiatif baharu melalui pelbagai kementerian serta agensi-agensi yang berkaitan.


Pelbagai pakej ransangan sosioekonomi telah diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI yang mencakupi semua golongan masyarakat termasuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).


Terkini, dalam usaha memberi sokongan kepada warga emas untuk aktif menceburi bidang perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memperkenalkan Skim Pendaftaran Peniagaan Percuma Warga Emas (SPPWE).

Skim SPPWE ini adalah salah satu daripada empat inisiatif utama SSM 2026 seiring dengan aspirasi untuk memberi tumpuan kepada peningkatan tahap pematuhan korporat serta pengurangan bebanan komuniti perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) .


Empat inisiatif tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor semalam.

Skim pendaftaran perniagaan percuma warga emas


Sebagai langkah memperluas penyertaan ekonomi secara inklusif, SSM memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga Emas (SPPWE) sebagai kategori baharu di bawah SPPP.


Skim tersebut menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma bagi tahun pertama kepada warga emas, sekali gus membuka peluang kepada golongan berkenaan untuk menjana pendapatan dan terus aktif menyumbang kepada ekonomi negara.


Inisiatif tersebut juga selari dengan keperluan negara dalam menghadapi cabaran menuju ke arah negara menua (ageing nation).


Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas meningkat kepada sekitar 8% pada tahun 2025 dan dijangka melebihi 15% menjelang tahun 2030.


Usaha SSM menawarkan SPPWE tersebut sewajarnya dihargai oleh masyarakat demi memastikan warga emas yang berminat dalam perniagaan terus aktif dan memafaatkan ilmu serta pengalaman dalam bidang terbabit.

Skim OKU 1 Perniagaan (S1O1P)


Inisiatif kedua adalah penerusan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) yang menyediakan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).


Fuziah dalam ucapannya berkata KPDN melalui SSM memperkenalkan empat inisiatif utama bagi tahun 2026
Fuziah dalam ucapannya berkata KPDN melalui SSM memperkenalkan empat inisiatif utama bagi tahun 2026

Melalui skim berkenaan, golongan OKU bukan sahaja menerima manfaat pendaftaran perniagaan secara percuma, malah turut menikmati pembaharuan pendaftaran secara percuma setiap tahun.


Pendekatan tersebut membantu mengurangkan beban kos pematuhan serta menggalakkan penyertaan lebih inklusif dalam aktiviti keusahawanan


Sudah pasti inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI melalui SSM dapat merancakkan aktiviti perniagaan golongan yang disasarkan ini yang secara langsung membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi sesuai dengan cabaran semasa.


Datuk Dr Fuziah dalam kenyataan medianya berkata, inisiatif untuk OKU adalah di bawah S101P akan dapat membantu golongan tersebut untuk terus menjalankan perniagaan mereka.


"Melalui skim ini, golongan OKU bukan sahaja menerima manfaat pendaftaran perniagaan secara percuma, malah turut menikmati pembaharuan pendaftaran secara percuma setiap tahun.


"Pendekatan ini secara langsung membantu mengurangkan beban kos pematuhan serta menggalakkan penyertaan lebih inklusif dalam aktiviti keusahawanan," jelasnya.


Lebih seribu usahawan OKU terima manfaat S101P


Sejak 2023, lebih 1,728 golongan OKU seluruh negara telah menerima manfaat tersebut yang telah ditawarkan oleh SSM kepada mereka.


Sudah pasti inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI melalui SSM dapat mendorong aktiviti perniagaan golongan yang disasarkan ini yang secara langsung membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi sesuai dengan cabaran masa kini.


SSM sendiri sudah pasti mengharapkan para para usahawan dan komuniti korporat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan melalui inisiatif-inisiatif tersebut dalam memastikan pematuhan berterusan terhadap undang-undang, seterusnya menyumbang kepada persekitaran perniagaan domestik yang lebih berdaya saing, mampan dan inklusif.

Sebagai rujukan, empat inisiatif yang diperkenalkan oleh SSM pada 2 April 2026 ialah:-


1. Klinik pematuhan dan kempen pemulihan dokumen statutori


Inisiatif pertama ialah pelaksanaan Klinik Pematuhan dan Kempen Pemulihan Serah Simpan Dokumen Statutori bagi membantu syarikat yang menghadapi kesukaran memenuhi kewajipan di bawah Akta Syarikat 2016.


Melalui inisiatif ini, syarikat berpeluang mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada pegawai SSM serta melaksanakan tindakan pemulihan terhadap dokumen statutori yang tertunggak seperti Penyata Tahunan (PT), Penyata Kewangan (PK) dan Maklumat Pemunyaan Benefisial (PB).


Sebagai sebahagian daripada pendekatan pemulihan yang lebih komprehensif, kempen ini akan berlangsung dari 16 April 2026 hingga 30 September 2026 dengan kemudahan berikut:


* Tempoh 3 bulan untuk serah simpan PT dan PB tertunggak;

* Tempoh 6 bulan untuk serah simpan PK tertunggak; dan

* Tempoh 3 bulan untuk memohon pemotongan nama syarikat tidak

aktif.


Selain itu, syarikat yang menyertai kempen ini turut berpeluang menikmati pengecualian tindakan pendakwaan dalam tempoh tertentu, pengecualian kompaun bagi kesalahan yang belum dikompaun serta pengurangan kompaun bagi kesalahan tertentu.


2. Skim OKU 1 Perniagaan


Inisiatif kedua adalah penerusan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) yang menyediakan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).


Melalui skim ini, golongan OKU bukan sahaja menerima manfaat pendaftaran perniagaan secara percuma, malah turut menikmati pembaharuan pendaftaran secara percuma setiap tahun.


Pendekatan ini membantu mengurangkan beban kos pematuhan serta menggalakkan penyertaan lebih inklusif dalam aktiviti keusahawanan.


3. Pelanjutan tempoh skim pendaftaran perniagaan percuma


Seterusnya, SSM melanjutkan tempoh pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) daripada satu tahun kepada dua tahun.


Inisiatif ini memberi peluang kepada usahawan daripada kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS, Politeknik dan institusi kemahiran untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, sekali gus menyokong kelestarian dan pertumbuhan PMKS.


4. Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga Emas


Sebagai langkah memperluas penyertaan ekonomi secara inklusif, SSM turut memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga Emas (SPPWE) sebagai kategori baharu di bawah SPPP.


Skim ini menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma bagi tahun pertama kepada warga emas, sekali gus membuka peluang kepada golongan ini untuk menjana pendapatan dan terus aktif menyumbang kepada ekonomi negara.


Pelaksanaan bagi inisiatif pertama dan kedua akan bermula pada 16 April 2026, manakala inisiatif ketiga dan keempat akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page