top of page

Daftar PADU dikaunter tersedia, tinggal 4 hari lagi - Rafizi



Rakyat Malaysia diseru untuk segera mendaftar ke sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kerana hanya berbaki 4 hari sebelum pendaftaran ditutup.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pendaftaran PADU kini boleh dilakukan di kaunter yang disediakan bagi memudahkan orang ramai yang tidak begitu mesra Teknologi Maklumat melakukannya.


"Saya ingin mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang telah daftar dan mengemaskini maklumat di dalam sistem PADU.


"Dengan data-data yang telah dikemaskini akan memudahkan kerajaan untuk menyasarkan program kerajaan dan bantuan kepada golongan yang tepat.


"Untuk memastikan anda tidak tercicir, daftar segera di www.padu.gov.my atau boleh hadir ke kaunter PADU berhampiran kawasan anda," katanya.

Bantuan boleh diagih kepada golongan warga emas

Dalam satu lagi hantaran di Facebook, Rafizi berkata, data PADU akan membolehkan kerajaan mencari rakyat yang layak menerima bantuan yang sesuai bukan rakyat mencari tahu dan memohonnya sebagaimana yang dilaksanakan hari ini.


"PADU akan membolehkan kerajaan mengenalpasti isi rumah yang layak mendapat bantuan dan dipadankan dengan program-program kerajaan.


"PADU akan membolehkan kita pergi mencari rakyat yang memerlukan bantuan, bukan menunggu rakyat datang mencari kita.


Jika kita boleh ubah keadaan ke arah itu dan mengurangkan keciciran dalam masyarakat, kita telah bantu banyak keluarga yang sebelum ini tercicir


"Bersegeralah mendaftar dan kemaskini data PADU seperti anda bersegera membeli baju raya sebelum habis saiz," katanya.


Manakala pesanan terkini Rafizi pula berupa video pantun 2 kerat : "Dua tiga kucing berlari, daftar padu tinggal 4 hari lagi", menunjukkan betapa pentingnya mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page