top of page

Daerah Pusa antara termiskin: Pemimpin kerajaan gagal bantu rakyat - Abang Zulkifli



Hasil kajian Unit Perancang Ekonomi yang menyebut daerah Pusa, Sarawak tergolong dalam 10 daerah termiskin di Malaysia tidaklah mengejutkan sekiranya melihat sendiri keadaan kemunduran di daerah berkenaan.


Menurut Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, penduduk di Pusa sejak 2 tahun lalu lebih teruk terjejas ketika pandemik Covid 19 melanda.


Katanya, Pusa merupakan kawasan yang strategik terletak kira-kira 70 km dari Pekan Bahagian Betong dan telah pun mempunyai jalan perhubungan. Daerah itu juga boleh dimasuki dari laut mahu pun sungai.


"Namun di manakah silapnya, sehingga daerah Pusa yang strategik ini menjadi antara daerah yang tergolong antara teriskin?" tanya Abang Zulkifli.


"Apakah pemimpin yang diberi mandat tidak serius membangunkan masyarakat? Atau apakah pemimpin yang diberi mandat tidak jelas apa yang harus dibangunkan? Atau pemimpin hanya membangunkan diri, keluarga dan kroninya sahaja?


"Hakikatnya wakil rakyat dan ketua-ketua masyarakat silih berganti. Atau apakah peruntukan pembangunan di Bahagian Betong telah diagih secara yang tidak adil? Malah Parlimen Betong pernah memiliki pemimpin bertaraf Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan (1920–1997) dan dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Alfred Jabu dan YB Datuk Amar Douglas Ugah Embas.


"Soalan-soalan ini harus dirungkai dan dibahas dengan minda terbuka, tanpa bersifat prejudis," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Ketua Cabang Batang Lupar itu, kegagalan pembangunann di Pusa seharus diteliti dengan rapi.


Menurutnya, wakil rakyat setempat, Ketua Masyarakat dan Kerajaan harus mencari punca dan mengurus masalah serta bertindak mengatasi masalah yang sudah membarah sejak sekian lama.


"Wakil rakyat dan ketua masyarakat perlu meluaskan peranan bukan sahaja menumpunkan kepada MRP tetapi lebih dari itu, projek-projek pertanian, perikanan, ternakan dan industri kampung bersekala untuk rakyat harus diutamakan, bukan hanya diserahkan kepada “kapitalis”. Mereka juga perlu berperanan sebagai mentor kepada rakyat.


"Pembinaan sahsiah masyarakat sangat penting. Rakyat harus dipandu hala tuju yang lebih jelas ke arah berdikari dan berkeyakinan diri yang tinggi. Penduduk mesti diajak berunding dan diberi ruang untuk membuat keputusan," ujarnya.


Di samping itu, tegas Abang Zulkifli, kerajaan pusat juga perlu ikhlas membantu dan menteri jangan hanya turun menabur janji manis apabila tiba musim Pilihan Raya Negeri atau Umum seperti sebelum ini.


"Saya masih ingat, semasa berkempen di Beting Maro pada PRN10 tahun 2011 di Pusa, Datuk Seri Najib, pada ketika itu Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pembukaan Ladang Tabung Haji dalam daerah Pusa akan memberi keuntungan yang besar kepada rakyat di sana.


"Namun apa yang berlaku sekarang, tetap tidak seperti apa yang dijanjikan itu. Daerah Pusa, terbukti masih tersangkut di takuk lama.


"Dapatan Unit Perancang Ekonomi, Pusa adalah daerah miskin perlu dianjak demi keadilan rakyat marhaen di sini, yang juga penyumbang utama kepada pembangunan, keharmonian dan kedamaian sebuah negara berdaulat," katanya lagi.


Untuk rekod, daerah Pusa mempunyai 15,000 penduduk yang sebahagian besarnya Bumiputera Melayu, diikuti kaum Iban dan sebahagian kecil masyarakat Cina yang mendiami kawan pekan dan bazar. Sebahagian besar penduduk Pusa terdiri berkerja sebagai nelayan dan petani.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page