Cuti Thaipusam: Tak layan, ahli MIC tak undi Pas menyedihkan - Lee Chean Chung



Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang enggan melayan ugutan pemimpin MIC tidak akan menyokong Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan alasan ahli parti itu lebih banyak mengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU lalu dianggap menyedihkan oleh Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung.


Menurut Chean Chung, Sanusi tidak wajar berkata sedemikian sebagai ketua Kerajaan Negeri yang mempunyai rakyat berbilang kaum, berlainan agama dan ideologi politik.


Katanya, MB Kedah begitu menyedihkan kerana tidak boleh membezakan antara sokongan politik dan cuti perayaan agama yang universal sifatnya.


"Sedih mendengar kenyataan sebegini daripada seorang pemimpin negeri.


"Usahlah heret parti dan siapa sokong pihak mana untuk menghalalkan kesilapan sendiri.


"Tugas kita sebagai pemimpin bukan hanya menjaga penyokong kita, lebih-lebih lagi tidak harus membalas dendam kerana “dia tidak sokong saya”," katanya.


Menurut ADUN Semambu itu lagi, beliau agak terkejut kerana kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin Pas yang mempromosikan keadilan dan kesaksamaan ajaran Islam di tengah-tengah masyarakat berbilang kaum.


"Saya bukan dari Parti Islam. Tapi saya selalu dinasihati oleh ramai kawan, termasuk rakan-rakan muslim seperti Nik Nazmi dan Nurul Izzah Anwar supaya tidak sesekali melihat sesuatu perkara dari kaca mata yang sempit. Jaga kebersamaan rakyat berbilang latar belakang dan tunjuk contoh yang baik.


"Maka “PAS for All” yang dizahirkan oleh mereka telah pun diisytiharkan mati oleh mereka," katanya lagi.


Hari ini, Sanusi dikecam netizen apabila berkata, "Malas layan dah, pada PRU14 pun dia (ahli MIC) tak sokong kita juga. Kebanyakan mereka mengundi PH, MIC pun tinggal satu kerusi sahaja. Hakikatnya MIC yang memerlukan undi daripada bukan India"


Kenyataan dipetik BH Online itu dianggap mengguris hati kaum India Kedah yang tidak lagi menikmati cuti sempena Thaipusam dengan alasan Perintah Kawalan Pergerakan tidak membenarkan mereka bersembahyang di kuil.


Sebelum ini, Sanusi dikecam kaum India selepas membuat keputusan untuk meruntuhkan dua buah kuil dan menerima kritikan susulan kenyataannya mengenai “mabuk todi".



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER