top of page

Cuti Thaipusam penghormatan kepada kaum India, mengapa dibatalkan?



Cuti peristiwa Perayaan Thaipusam lebih kepada penghormatan terhadap masyarakat India beragama Hindu di Malaysia.


Oleh itu menurut Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina Abdullah, tidak sewajarnya Menteri Besar (MB) Kedah, Mohammad Sanuri Md Nor membatalkannya dengan alasan Perintah Kawalan Pergerakan, kuota cuti umum negeri telah penuh atau sebagainya.


Kata Nurin, sekiranya kerajaan Kedah di bawah Pas mahu mengutamakan Melayu-Islam sahaja maka agama Islam tetap tidak melarang Kerajaan Negeri memberi cuti kepada penganut Hindu dalam mengiktiraf sumbangan mereka kepada negeri.


"Cuti Thaipusam di negeri Kedah mula diisytihar sebagai cuti peristiwa oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mantan MB Kedah pada tahun 2014 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah pada ketika itu.


"Tradisi cuti peristiwa ini telah diteruskan memasuki tahun yang ke 7 meskipun berlaku pertukaran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 yang lalu. Ini kerana kerajaan negeri mempunyai hak prerogatif melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri untuk bersetuju memberikan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam kerana kuota cuti umum bagi negeri Kedah telah pun penuh. 


"Menyelusuri tafsiran surah al-kafirun, sememangnya jelas garis pemisah bahawa tiada titik pertemuan dalam aspek penyembahan.

"Namun pengisytiharan cuti Thaipusan itu boleh dilihat sebagai memberi hak kepada penganut melaksanakan upacara keagamaan masing-masing sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Berlainan akidah tidak harus dilihat sebagai pemisahan dalam kemajmukan masyarakat. Maka Kerajaan Negeri haruslah berhikmah dalam mengambil tindakan," katanya.


Menurut Nurin lagi, seharusnya MB Kedah mengubah keputusan beliau dalam isu cuti perayaan Thaipusam demi mengekalkan hubungan muhibah dan toleransi sesama kaum di Malaysia.


"Justeru, saya merasakan tiada kerugian pada mana-mana pihak sama ada di pihak Kerajaan Negeri mahupun penganut agama Hindu yang merayakannya jika cuti Thaipusam ini diberikan.


"Ia sewajarnya kekal sebagai tradisi perayaan, memberikan cuti adalah penghormatan kesalingan budaya dan pastikan terus kekal selamat di rumah," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page