top of page

Cuti Rafizi: Jangan pertikai, Menteri PN pernah cuti lebih lama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 32 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak mengecam kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Harris Idaham yang mempertikaikan keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil cuti daripada tugas sebagai Menteri Ekonomi sehingga hujung Mei ini.


Sehubungan itu, Ketua AMK Gombak, Abdul Haris Harahap berkata, pihaknya mengingatkan Harris dan juga pemimpin parti pembangkang agar tidak mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Katanya, Menteri era Kerajaan Perikatan Nasional (2020 - 2022) pernah bercuti lebih panjang daripada Rafizi tetapi tidak dipersoalkan ahli politik perikatan itu.


"Kritikan terhadap cuti Menteri bukan sahaja tidak berasas, malah menonjolkan kedangkalan politik yang cuba mempolitikkan hak cuti seorang penjawat awam dan merupakan serangan politik murahan semata-mata atau pun tunjuk 'hero'.


"Bersatu sepatutnya lebih prihatin terhadap kelemahan tadbir urus mereka semasa menjadi kerajaan dahulu, termasuk Menteri yang bercuti berbulan lamanya ke luar negara tanpa hasil.


"Jangan tunjuk lagak terhadap Menteri kerajaan yang bekerja keras dan kini cuma berehat sementara," tempelak beliau dalam satu kenyataan.


Abdul Haris menyifatkan, cuti yang diambil Rafizi merupakan hak beliau sebagai penjawat awam yang sedang menjalankan amanah dalam kerajaan.


Malah ujarnya, cuti tersebut telah dimaklum dan diluluskan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut menyatakan bahawa 'tidak ada isu langsung' berkaitan perkara tersebut.


"Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak politik murahan yang menyerang peribadi dan keputusan pentadbiran berdasarkan sentimen sempit.


"Rafizi akan kembali meneruskan tugasnya dan kami yakin beliau akan terus membawa agenda ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.


"Sebagai Menteri Ekonomi, Rafizi telah memacu pelbagai inisiatif utama seperti Pelan Hala Tuju Gas Negara, reformasi data ekonomi, dan strategi pelaburan langsung asing (FDI).


"Tanggungjawab itu telah dilaksanakan secara konsisten, dan keputusan mengambil cuti buat sementara bukanlah satu keengganan untuk bekerja, tetapi langkah bertanggungjawab bagi mengimbangi tuntutan kerja dan kesihatan," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page