top of page

Cuti 15 September bukti Kerajaan iktiraf Sabah, Sarawak sebagai rakan setara - KEADILAN Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 24
  • 1 min read

ree

KEADILAN Sabah menyambut baik pengisytiharan cuti umum khas tambahan pada 15 September sempena Hari Malaysia sebagai simbol kesatuan nasional serta pengiktirafan terhadap Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam pembinaan negara.


Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Sabah menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai isyarat, Sabah dan Sarawak bukan lagi dianggap wilayah pinggiran.

"Sabah dan Sarawak sebaliknya dianggap rakan setara dalam perjalanan membina Malaysia yang lebih adil dan makmur," kata kenyataan itu lagi.


Terdahulu, Anwar menerusi Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia berkata, cuti umum khas itu bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.


Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.


Sementara itu KEADILAN Sabah sebagai mengulas beberapa pengumuman semalam termasuk pemberian tunai RM100, penurunan harga RON95, pembekuan kenaikan tol dan peluasan Jualan Rahmah ke seluruh DUN berkata, ianya bukan hanya respons terhadap kos sara hidup, tetapi cerminan komitmen kerajaan membela seluruh rakyat termasuk di pedalaman Sabah.


"Pengumuman bantuan tunai menerusi MyKad kepada semua rakyat dewasa berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira latar belakang merupakanlangkah progresif yang menghargai sumbangan setiap individu dalam proses pemulihan negara.


"KEADILAN Sabah turut menyambut baik kejayaan kerajaan menurunkan kadar pengangguran, merancakkan ekonomi dan melaksanakan program pembasmian miskin tegar secara berfasa, termasuk inisiatif seperti Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI yang turut melibatkan komuniti Sabah," tambah kenyataan tersebut.


Justeru pihaknya menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan agenda Ekonomi MADANI yang sedang diusahakan.


KEADILAN Sabah menyeru rakyat Malaysia terus menyokong Kerajaan Perpaduan demi masa depan negara yang lebih inklusif dan progresif.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page