top of page

Cukupkah beri permit operasi: Apakah strategi jangka panjang MITI selamatkan PKS?


Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dijangka menerima kesan paling buruk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 atau total lockdown kali ini.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu menjawab amaran yang dikeluarkan oleh SME Association of Malaysia bahawa 50,000 PKS bakal gulung tikar menghadapi lockdown sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengambil sebarang langkah untuk membantu.


"Perkembangan ini amat membimbangkan apatah lagi setelah mengambil kira laporan bahawa 100,000 PKS sudah menghentikan operasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.


"PKS merupakan sektor yang menyumbang hampir 40% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 50% dari jumlah pekerjaan dalam negara juga adalah dari  sektor PKS. 


"Persoalannya, apakah MITI (dan kerajaan PN) tidak sedar tentang kepentingan sektor PKS kepada ekonomi dan pekerjaan negara? Kegagalan MITI untuk menyediakan strategi bagi mengharungi krisis ekonomi dampak pandemik Covid-19 ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan," kata Shamsul dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Hang Tuan Jaya itu menggesa agar kerajaan PN mengambil beberapa langkah jangka pendek dan sederhana bagi memastikan PKS terus bertahan dan mampu pulih selepas pandemik berakhir.


"Kerajaan dalam hal ini perlu memperkenalkan skim subsidi gaji untuk para pekerja dalam sektor PKS bagi memastikan kehidupan mereka tidak terjejas


"Mewartakan moratorium automatik ke atas pinjaman bank bagi syarikat-syarikat PKS dan menyediakan serta memaklumkan pelan pemulihan (dana bantuan) bagi syarikat-syarikat dalam PKS yang terjejas," katanya lagi.


Strategi mampan untuk PKS, kata Shamsul, tidak harus hanya tertumpu kepada pemberian permit beroperasi sepanjang lockdown oleh MITI semata-mata tetapi perlu merangkumi segala aspek bantuan dan strategi fiskal supaya sektor penting ini dapat kembali bernafas dan tidak menutup perniagaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page