Cukai tanah industri di Pahang naik 400% dianggap masih rendah?



Kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kelmarin bahawa cukai tanah kategori industri di negeri itu kadarnya ketiga rendah di Malaysia menimbulkan tanda tanya.


Bagi ADUN Semambu, Lee Chean Chun, kenyataan itu mengejutkan banyak pihak dan menimbulkan spekulasi adakah Kerajaan Negeri akan menaikkan cukai tanah industri sekali lagi.


"Fakta ini (cukai ketiga terendah) kurang tepat sebenarnya. Selepas Warta Kerajaan berkenaan penstrukturan semula cukai tanah di Pahang diwartakan pada 31 Oktober 2019, cukai tanah telah mengalami kenaikan sebanyak 2000%.


"Sebagai contoh, tanah perindustrian di Gebeng mengalami kenaikan kadar daripada RM 0.25 kepada RM 5.00 setiap meter persegi.


"Cuma pada awal tahun 2020, Kerajaan Negeri mengumumkan remisyen sebanyak 80% bagi kategori tanah perindustrian dan pertanian. Begitu pun peningkatan selepas remisyen masih ketara, iaitu sebanyak 400%.


"Adalah diketahui umum bahawa remisyen ini hanya merupakan pengecualian bersifat sementara sahaja. Ia bergantung semata-mata kepada budi bicara Kerajaan Negeri dan pengecualian boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan sebatang pen sahaja," kata Chean Chung dalam satu kenyataan.


Katanya cukai tanah industri itu sangat mudah dinaikkan berdasarkan perubahan politik, rombakan pimpinan ataupun pertukaran dasar


Menurutnya, MB Pahang sendiri tidak berani berjanji remisyen tersebut akan dikekalkan.


"Tepuk dada tanya selera, adakah kaedah remisyen yang mencetuskan ketidaktentuan dan keraguan ini betul-betul dapat memberikan keyakinan kepada pelabur asing dan domestik?


"Juga jangan lupa bahawa Pahang mempunyai pelbagai kos tersurat dan tersirat yang tinggi. Sebagai contoh, fi pendaftaran pindah milik tanah telahpun naik mendadak dan juga terikat dengan talian hayat remisyen yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.


"Untuk hartanah bernilai RM500 ribu, fi pendaftaran Pahang yang terkini sebanyak RM2,500, manakala di Johor RM2,000, RM1,000 di Pulau Pinang dan RM400 untuk Selangor. Untuk hartanah bernilai RM1 juta, Kerajaan Negeri Pahang mengenakan fi RM3,500 manakala Johor RM3,000, Pulau Pinang RM2,250, dan Selangor kekal RM500.


"Sekiranya Kerajaan Negeri betul-betul berhajat untuk memberangsangkan ekonomi negeri Pahang, saya berpendapat suara pelabur asing dan tempatan, termasuk pandangan dewan-dewan perniagaan dan persatuan industri harus di dengar dan diteliti," katanya lagi.


Chean Chung berharap selepas ini Kerajaan Negeri akan melakukan semak semula dan tambahbaik sekiranya perlu sebelum terlepas peluang pembagunan dan kemajuan kepada Melaka, Perak, Jakarta atau Phnom Penh.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER