top of page

Cukai SST menyebelahi golongan rentan berbanding GST

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17
  • 2 min read

Updated: Jun 20

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Berikutan bermulanya perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula pada 1 Julai ini, ramai yang membandingkanya dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Kata mereka, lebih baik dikembalikan semula cukai GST berbanding menaikkan antara 5 hingga 10 peratus cukai SST.


Berikut adalah perbandingan antara GST dan SST


1. Tidak seperti GST yang dikenakan ke atas hampir semua barangan dan perkhidmatan, SST versi baharu ini adalah lebih saksama dan bersasar di mana barangan tidak penting dan perkhidmatan mewah saja dikenakan cukai.


Barangan keperluan rakyat seperti makanan asas kekal tidak dikenakan sebarang cukai. Ini bermakna majoriti rakyat tidak terbeban, malah masih menikmati harga yang stabil untuk keperluan harian.


Berbanding GST yang bersifat menyeluruh dan menekan semua lapisan rakyat tanpa mengira pendapatan, sebaliknya SST hanya disasarkan kepada mereka yang mengguna lebih dan mampu membayar lebih.


2. SST ini bukan sekadar langkah kutipan cukai. Ia adalah sebahagian daripada Reformasi Fiskal Madani — hasilnya akan disalurkan semula kepada rakyat melalui STR, SARA, bantuan awal sekolah, dan pembangunan infrastruktur awam.


Pelaburan semula hasil negara untuk kesejahteraan


Ini adalah pelaburan semula hasil negara untuk kesejahteraan bersama di mana hasil cukai dikembalikan semula kepada rakyat.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

Berbeza dengan GST yang membebankan semua orang dan tidak disalurkan secara jelas kepada rakyat. SST hasilnya jelas disalurkan semula kepada rakyat terbanyak.


3. SST dengan perluasan baru adalah mesra perniagaan dan melindungi PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana).


Kerajaan mengambil kira keperluan PKS dan memberi masa sehingga hujung tahun ini untuk pelaksanaan penuh tanpa denda atau penalti. Malah, pengecualian cukai juga diberikan kepada sektor tertentu untuk mengelak kesan bertindih. Ini membantu perniagaan kecil untuk terus berkembang tanpa gangguan besar.


Berbanding SST, GST akan menambah beban pematuhan kepada semua perniagaan besar atau kecil.


SST yang baru diperkenalkan ini lebih fleksibel dan bertimbang rasa terhadap PKS.


4. Kerajaan tidak mengenakan SST kepada semua orang. Hanya mereka yang menggunakan barangan dan perkhidmatan mewah seperti spa, insurans premium, atau perkhidmatan eksklusif akan dikenakan cukai.


Inilah maksud cukai bersasar dan adil — yang mampu menyumbang lebih, bantu negara lebih.


Kelebihan SST berbanding GST: GST mengenakan cukai sama rata tanpa mengira kaya atau miskin. SST mengekang jurang dan melindungi kumpulan rentan.


5. Stabilkan Ekonomi, Kukuhkan Negara Tanpa Beban Rakyat - Langkah SST ini adalah untuk meningkatkan pendapatan negara tanpa menambah hutang. Ia strategi fiskal untuk memperkukuh kewangan negara dan mengelakkan krisis jangka panjang.


Negara seperti Malaysia perlu pendapatan mampan untuk berbelanja secara bertanggungjawab demi generasi akan datang.


Kelebihan SST berbanding GST: GST dilihat sebagai pendekatan kasar yang mempercepatkan inflasi. SST lebih berhati-hati dan bertanggungjawab, tanpa menggugat kuasa beli rakyat.


Kesimpulannya, SST adalah lebih baik berbanding GST dan rakyat biasa sama sekali tidak terkesan dengannya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page