top of page

Cukai SST: Laporkan kenaikan harga barang tidak munasabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Orang ramai diminta menyalurkan aduan sekiranya terdapat premis perniagaan yang menaikkan harga secara tidak munasabah susulan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mula berkuat kuasa semalam.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam pengumumannya semalam memaklumkan, akan melaksanakan Ops Kesan 4.0.


''Ia antara lain bertujuan memastikan tiada berlaku aktiviti pencatutan susulan pelaksanaan peluasan skop SST,'' katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di Putrajaya hari ini.


Oleh itu, katanya, orang ramai diminta mengambil maklum nombor talian hotline yang telah diumumkan KPDN dan segera membuat aduan jika terdapat premis perniagaan yang menaikkan harga secara tidak berpatutan.


''Insya-Allah pihak KPDN akan segera mengenal pasti premis-premis tersebut dan mengambil tindakan yang bersesuaian,'' ujar Fahmi yang juga Menteri Komunikasi.


Untuk rekod, peluasan cukai SST bermula semalam tidak merekodkan sebarang kenaikan harga barangan harian di pasaran. Hal ini kerana cukai itu menumpukan barangan mewah yang sering dikonsumsi oleh golongan T20 sahaja.


Bagaimanapun, terdapat kemungkinan peniaga cuba menaikkan harga barang dengan pelbagai alasan. Hal itu bertentangan perundangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).


Orang ramai boleh melaporkan sebarang kegiatan menaikkan harga barang kepada KPDN melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6245/6088 atau WhatsApp 012-665 4292.


Aduan juga boleh disalurkan melalui portal e-Aduan KPDN di http://eaduan.kpdn.gov.my; Pusat Panggilan: 1-800-886-800 dan aplikasi telefon pintar, Ez ADU KPDN.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page