top of page

Cukai Perkhidmatan: Kenaikan tarif elektrik hanya kepada golongan kaya



Oleh: Abdullah Zaid


Kenaikan Cukai Perkhidmatan bagi tarif elektrik hanya tertakluk kepada pengguna melebihi 600 kilowatt sejam (kWj) atau pun golongan kaya dan tidak wajar dimainkan sebagai isu utama oleh penyokong pembangkang atau laskar siber.


Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail membidas propaganda laskar siber pembangkang yang berulang kali mendakwa kenaikan 2% Cukai Perkhidmatan akan membebankan rakyat.


Jelasnya, 85% pengguna elektrik tidak terkesan dengan kenaikan itu memandangkan kerajaan hanya mengenakan caj tambahan sekiranya perbelanjaan melebihi RM220.


"Berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Tenaga (ST) kenaikan Cukai Perkhidmatan 2% hanya tertumpu kepada golongan kecil yang berkemampuan sahaja ia tidak membebankan kepada pengguna teramai.


"Selain itu ia tidak melibatkan perkhidmatan asas rakyat contohnya perkhidmatan perkhidmatan air, makanan dan minuman, logistik, telekomunikasi serta parkir kenderaan.


"Oleh itu, saya kira langkah ini akan ada lebihan hasil dan lebihan itu dapat menampung subsidi rakyat yang memerlukan," katanya kepada Suara Keadilan.

Mohammad Fitri Ismail

Jelasnya, langkah penjimatan itu biarpun mendapat tekanan namun ia perlu dilaksanakan memandangan perbelanjaan kerajaan dan hutang negara yang tinggi ketika ini.


"Pihak pembangkang perlu faham bahawa langkah ini pasti akan dilakukan mana-mana parti sekiranya menjadi kerajaan.


"Kerana tanggungan hutang RM1.08 trilion itu tinggi dan kerajaan perlu mengambil tanggungjawab membuat langkah penjimatan," ujarnya lagi.


Untuk rekod, kerajaan menjangkakan langkah penjimatan itu menambah hasil sebanyak RM3 bilion kepada negara.


Lebihan itu sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat bagi tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan prasarana awam kritikal seperti penjagaan kesihatan, sekolah serta jalan raya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page