top of page

Cukai barang import nilai rendah elak perusahaan tempatan rugi - Fahmi



Salah faham mengenai cukai baharu terhadap barang import nilai rendah atau LVG di bawah RM500 dibeli secara atas talian tidak bertujuan untuk menyukarkan rakyat yang membeli barangan murah dari luar negara, sebaliknya bagi mengelakkan perusahaan tempatan mengalami kerugian.


Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, terdapat kekeliruan mengenai pelaksanaan cukai tersebut dan tuduhan yang tidak wajar terhadap kerajaan.


Katanya, cukai berkenaan telah diluluskan pada 2022 lalu dan sepatutnya dilaksanakan pada 2023 bukannya 1 Januari 2024 sebagaimana yang bakal dikuatkuasakan.


"Ada sikit salah faham tentang cukai tersebut. Sebenarnya ia dibangkitkan dalam Belanjawan 2022.


"Sepatutnya dilaksanakan pada April tahun ini. Kerajaan (Perpaduan) putuskan akan laksana Januari 2024 untuk barang yang diimport dari luar negara (sahaja)," katanya.


Fahmi berkata demikian kepada pemberita usai majlis R.E.N.E.W: Reuse, Educate, Nurture, and Empower with Waste di Dataran Sri Angkasa Jaya, Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur pagi tadi.


Menurut Fahmi lagi, nilai cukai LVG 10% tersebut adalah bagi mengekalkan persaingan sihat di antara pengeluar produk bernilai rendah tempatan menghadapi saingan harga yang lebih murah daripada pengeluar di luar negara, terutamanya China.


Hal itu kerana produk dalam negara telah dikenakan Cukai Jualan sebanyak 10%, sedangkan produk nilai rendah yang dibeli secara atas talian dari luar tidak dikenakan sebarang cukai, dan harganya murah biar pun kualiti setara dengan produk tempatan.


"Ini (cukai LVG) untuk tingkatkan daya saing dan tidak ada kesan kepada produk dalam negara.


"Ia hanya terpakai untuk perbelanjaan import dari luar negara yang dijual secara dalam talian


"Produk dalam negara dan dihasilkan di Malaysia tidak terkesan," kata Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan .


Pelaksanaan cukai LVG sebelum ini telah dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau penyokong pembangkang sebagai usaha kerajaan untuk membebankan rakyat atau mengutip lebih banyak wang daripada pembelian secara atas talian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page