top of page

CUEPACS puji inisiatif kerajaan sokong penjawat awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 16
  • 1 min read
ree

Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merakamkan penghargaan kepada kerajaan susulan beberapa pengumuman penting berkaitan penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-20 semalam.


Presidennya Datuk Dr Adnan Mat (gambar) berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk kelonggaran syarat mengerjakan haji bagi penjawat awam yang belum disahkan jawatan sekali gus membolehkan mereka yang telah mendapat giliran haji menunaikan ibadah lebih awal.


"Yang pertamanya ialah daripada segi mengerjakan haji penjawat awam telah pun dilonggarkan syarat untuk boleh pergi mengerjakan haji walaupun tanpa disahkan jawatan.


"Ini kerana kita dapati ramai penjawat awam yang mendapat giliran hajinya tetapi pada masa sama tidak sah dalam jawatan," katanya dipetik.


Selain itu, beliau turut menyambut baik pengumuman kerajaan untuk mengekalkan program pembelajaran sepanjang hayat melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sehingga 2026 dengan peruntukan sehingga RM15,000 yang disifatkannya memberi peluang penjawat awam meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik.


Pihaknya turut menyambut baik pengumuman hadiah pengiktirafan akademik kepada penjawat awam yang memberi harapan baharu kepada penjawat awam untuk terus melanjutkan pelajaran secara usaha sendiri, sekali gus meningkatkan prestasi dan produktiviti sektor perkhidmatan awam.


"Walaupun secara sekali beri, amat terharu kerana pengiktirafan dan susah payah penjawat awam yang belajar secara sendiri, kos sendiri dan komitmen tinggi… telah diberi pengiktirafan oleh kerajaan dalam bentuk hadiah pengiktirafan ini," katanya.


Memetik laporan sama, Dr Adnan turut menyeru penjawat awam melakukan perubahan supaya tidak ketinggalan, selari dengan gesaan Perdana Menteri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page