top of page

Cuba tangguh pelaksanaan Undi 18, PN takut sangatkah undi anak muda?



Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang masih cuba berdolak dalik mengenai pelaksanaan had undi 18 tahun yang dijadual berkuatkuasa pada Julai ini menunjukkan ketakutan pemerintah menghadapi suara anak muda.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, kenyataan sinis Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Rais Yatim baru-baru ini kononnya Undi 18 sukar dilaksanakan kerana tergesa-gesa dicadangkan dilihat begitu dangkal dan membelakangkan suara rakyat


Sedangkan, kata Akmal, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had kelayakan mengundi kepada 18 tahun itu telah pun lulus di Parlimen pada Julai 2019 dengan sokongan sebulat suara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.


"Rais sebelum ini pernah mengemukakan alasan usul Undi 18 tergesa-gesa diluluskan. Ini amat tidak masuk akal kerana agenda Undi 18 bukanlah perkara baru dan merupakan sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan semasa PRU-14 bagi mengiktiraf suara dan partisipasi orang muda dalam menentukan hala tuju negara.


"Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberikan komitmen bahawa pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini, namun Tan Sri Rais berterusan memainkan isu yang sama.


"Ini menimbulkan kebimbangan adakah kerana PN terlalu bimbang akan suara orang muda yang menolak mereka, maka terdapat gerakan tersusun menggagalkan usaha ini dengan melantik Rais sebagai jurubicaranya?" tanya Akmal dalam satu kenyataan.


Bagi beliau, sekiranya benar kerajaan PN ingin melambat-lambatkan pelaksanaan Undi 18 maka ia akan dilihat seperti mengesampingkan institusi Parlimen, memperlekeh penjawat awam yang melaksanakan tugas serta menghina orang muda dalam membuat pertimbangan.


"Tan Sri Rais digesa untuk lebih fokus kepada usaha memperkasakan martabat Dewan Negara sesuai dengan peranan beliau sebagai Yang Dipertua berbanding berterusan bermain dengan sentimen politik sebegini.


"Sebarang usaha untuk menggagalkan pelaksanaan Undi 18 hendaklah segera dihentikan dan SPR serta agensi terlibat perlu diberikan kebebasan dalam melaksanakan tugas mengikut garis masa yang telah disasarkan iaitu pada Julai 2021," katanya lagi.


Tegas Akmal, jangan kerana kekalahan PN semakin hampir, maka 1001 jalan memanipulasi undang-undang dirangka yang natijahnya akan merosakkan sistem demokrasi dan pentadbiran negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page