top of page

Cuaca redup peratusan keluar mengundi kurang memberansangkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 2, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Suasana pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman agak redup dan tidak memberi kelebihan kepada pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.


Tinjauan Suara Keadilan di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman mendapati suasana tidak sesak dengan kehadiran para pengundi yang rata-rata warga emas selain trafik berjalan lancar.


Dalam pada itu, kelihatan anggota keselamatan dan sukarela mengawal kenderaan dengan baik dan memberi keutamaan kepada pengundi golongan tua untuk memudahkan mereka masuk ke pusat pengundian.


Sepanjang pemerhatian sehingga jam 12 tengahari tadi, pengundi muda agak kurang membanjiri di premis pengundian meskipun pada waktu tersebut pengundi belia biasanya mula keluar jika dibandingkan pada PRK di selatan tanah air sebelum ini.

Petugas SPR dilihat membantu pengundi di SK Iman

Bagaimanapun, di ruang ‘pondok panas’ Barisan Nasional jentera yang bertugas dilihat bertungkus lumus membuat persiapan minit akhir bagi memenangkan calon mereka.


Selain itu, dalam perkembangan terkini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat jam 12 tengha hari hanya 35 peratus keluar mengundi bagi PRK Kemaman


Jelas badan pilihan raya itu, pada jam 6 petang ini kesemua peti undi dari 49 pusat pengundian dan 244 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai bagi mengumumkan Ahli Parlimen Kemaman yang baharu yang dijangka diumum pada 9 malam nanti.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page