top of page

Cuaca panas: Selangor jamin bekalan air mentah mencukupi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bahawa bekalan air mentah di negeri itu berada pada tahap mencukupi untuk menghadapi musim panas dan Monsun Barat Daya (MBD) yang dijangka berlanjutan hingga September.


Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri, Ir Izham Hashim, berkata kapasiti semua tujuh empangan utama di Selangor, termasuk sumber daripada Skim Jaminan Air Mentah (SJAM), kini melebihi 90 peratus.


"Setakat ini, kapasiti empangan berada pada tahap yang baik. Insya-Allah, tiada masalah bekalan air walaupun berdepan musim kemarau," katanya dipetik.


Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri untuk menyelaras pengurusan sumber air secara menyeluruh.


Hal itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan bagi tujuan perancangan jangka pendek dan panjang dengan fokus utama menangani pencemaran serta menjamin kecukupan bekalan air mentah terutama ketika musim kemarau.


Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari turut menyatakan keyakinan bahawa SJAM mampu menyediakan penyelesaian sehingga 99 peratus dalam menjamin keperluan bekalan air mentah negeri ini.


Malaysia pada waktu ini sedang berhadapan MBD yang menyebabkan litupan awan berkurangan dan peningkatan sinaran matahari ke permukaan bumi, yang menyumbang kepada suhu harian yang lebih tinggi.


Dalam tempoh ini, jumlah hujan juga dijangka berkurangan dengan bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding biasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page