top of page

Cuaca panas: Sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pemakaian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Pihak pentadbir sekolah diberi autonomi untuk menguruskan aktiviti persekolahan termasuk kelonggaran pemakaian uniform sekolah ketika cuaca panas ketika ini, khususnya di utara Semenanjung.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah dengan berpandukan garis panduan serta nasihat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Kesihatan (KKM).


Setiap kali cuaca panas bahawa kita ada garis panduan dan nasihat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Kesihatan (KKM).


"Pihak pentadbir sekolah mempunyai ruang untuk melihat keadaan dari semasa ke semasa dan membuat keputusan yang sesuai demi kebajikan murid dan guru asalkan berpandukan nasihat MetMalaysia dan KKM,” katanya.


"Jadi, saya mohon semua pentadbir sekolah mengikut garis panduan yang diberikan dari masa ke masa," katanya dipetik.


Fadhlina ditemui pemberita selepas merasmikan Program dan Semarak Sejahtera Warga Emas Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Jalan Sungai Acheh di Nibong Tebal pada Ahad.


Beliau sementara itu turut menyeru supaya semua pentadbir sekolah peka terhadap perubahan cuaca dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat serta kondusif walaupun berhadapan cuaca luar jangka.


Minggu lalu, empat daerah di Kedah iaitu Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.


MetMalaysia meramalkan, situasi panas dan kurang hujan itu bakal berterusan untuk beberapa hari lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page