top of page

Cuaca panas reda, Malaysia alami hujan lebat pertengahan April



Orang ramai boleh menarik nafas lega apabila cuaca panas dan kering melampau yang melanda Malaysia pada masa ini akan beransur pulih pada pertengahan bulan depan apabila fasa peralihan monsun bermula 29 Mac ini.


Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, fasa peralihan itu dijangka berterusan sehingga Mei ini, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang berlaku sejak 11 November lepas.


Bagaimanapun katanya, bermula April, keadaan cuaca di negara ini bertukar kepada kemungkinan berlaku hujan lebat dan angin kencang terutama pada sebelah petang dan malam sekali gus berpotensi terjadinya banjir kilat.


"Dengan bermulanya fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April," katanya dalam kenyataan hari ini.


Muhammad Helmi berkata semasa fasa peralihan monsun, negara ini akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.


"Kejadian itu berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak.


"Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur tidak kukuh," katanya.


Ketika ini Monsun Timur Laut yang berlaku sejak Februari lalu, negara ini kurang mengalami hujan dalam tempoh yang lama terutamanya di utara Semenangjung hingga menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.


Suhu tertinggi yang dicatatkan oleh METMalaysia di Chuping, negeri Perlis mencecah 39 darjah Celsius dan suhu di kebanyakan tempat menjadi lebih tinggi berikutan fenomena El Nino yang melanda dunia.


Perlis turut mengalami gelombang haba iaitu suhu maksimum melebihi 37 darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius seperti dilaporkan oleh METMalaysia pada 22 Mac lalu, manakala beberapa daerah di negeri utara Kedah mengalami cuaca tahap satu (melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius).


Kementerian Kesihatan Malaysia pada Ahad lalu turut mengeluarkan nasihat agar semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di semua lokasi berstatus cuaca tahap satu.


"Pendedahan kepada cuaca panas dengan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan terutamanya golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang berpenyakit kronik.


"Murid sekolah antara golongan berisiko tinggi untuk mendapat masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas disebabkan faktor fisiologi dan kurang pengambilan air," kata kementerian itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page