top of page

Cuaca panas: KKM nasihat pakai krim pelindung matahari



Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai agar menyapu krim pelindung matahari pada kulit yang terdedah sebelum keluar rumah.


Nasihat itu dikeluarkan ketika Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering ekoran fenomena El-Nino yang melanda dunia ketika ini.


KKM dalam kenyataan berkata cuaca panas menyebabkan kulit seseorang terdedah kepada pancaran matahari secara terus apabila berada di luar rumah.


"Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, penuaan, kulit terbakar serta kanser kulit jika terdedah bagi tempoh yang panjang," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


KKM memberitahu terdapat dua jenis krim pelindung yang boleh dipertimbang mengikut kesesuaian iaitu terdiri daripada ‘sunscreen’ fizikal dan ‘sunscreen’ kimia.


"‘Sunscreen’ fizikal lazimnya dikenali sebagai ‘mineral sunscreen’ berfungsi sebagai penghalang fizikal sinar UV yang bertindak dengan memantulkan sinar UV daripada permukaan kulit manakala, ‘sunscreen’ kimia berfungsi menyerap sinar UV sebelum diserap oleh kulit," katanya.


Jabatan Meteorologi pada 13 Februari lalu menyatakan negara kini dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.


Dalam tempoh itu katanya, litupan awan dan taburan hujan adalah kelazimannya kurang di kebanyakan tempat terutamanya di utara Semenanjung, Perak, Pahang, dan Kelantan.

Ketiadaan hujan dalam tempoh lama menyebabkan cuaca panas dan kering berbanding kebiasaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page