top of page

Cuaca panas beri kesan sektor pertanian, KPKM siap sedia



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksana langkah-langkah proaktif bagi memastikan bekalan bahan mentah sentiasa memenuhi keperluan rakyat.


Terbaharu, KPKM telah mengarahkan semua pegawai dan agensi di bawah kementerian untuk bersiap sedia memantau bekalan ketika jangkaan negara akan mengalami cuaca panas yang dibimbangi akan memberi kesan kepada sektor pertanian negara.


"Kita pantau keadaan itu dari semasa ke semasa. Ini memang kita pantau dalam bentuk harian.


"Pegawai kita antaranya di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) setiap masa pantau supaya stok ada dan mencukupi," katanya menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu .


Mohammad ditemui pemberita selepas melancarkan Jualan Agro MADANI di Klang pada Ahad.


Terdahulu media melaporkan negara dijangka berdepan musim panas sehingga Ogos ini. Ia susulan musim peralihan monsun.


Negeri-negeri di utara dan pantai timur dijangkakan mencatatkan suhu lebih tinggi dari kebiasaan.


Sementara itu jelas Mohamad Sabu, kementeriannya turut merangka pelan kecemasan sekiranya berlaku situasi kekurangan bekalan makanan berikutan situasi cuaca panas ketika ini.


"Kita sedia juga (ada pelan) kecemasan kalau perlu import (barangan pertanian) jika berlaku sebegitu rupa. Kita sudah ada tempat (dari mana nak diimport) kalau perlu buat dalam keadaan segera," katanya sambil menjelaskan setakat ini keadaan stok pertanian negara masih terkawal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page