top of page

Cuaca masih buruk di Johor, KEADILAN terus bantu mangsa banjir

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jan 4, 2021
1 min read


Banjir masih belum reda di Johor. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Yuneswaran Ramaraj (gambar, dua dari kanan) semalam melakukan lawatan di kawasan-kawasan yang terjejas banjir.


Katanya, dalam 72 jam hampir 1,000 mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


"Telah turun ke kawasan untuk melawat beberapa PPS di Tebrau bersama YB Steven Choong dan Nicholas, Naib Ketua AMK.


"Terima Kasih kepada PDRM, JBPM APM KKM RELA JKM dan agensi-agensi yang turut bersama dalam keadaan yang gentir ini untuk membantu," katanya.


Sebanyak 7 pusat PPS telah dilawati AMK seperti Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Dewan Serbaguna Sungai Tiram, Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Sekolah Menengah Taman Pasir Putih, Balairaya Kampung Maju Jaya, Balairaya Kampung Sinaran Baru dan Dewan Sebaguna Kampung Baru Pandan.


"Kita akan memantau keadaan dari masa ke semasa untuk bersedia menggerakan pasukan sukarelawan AMK. Ramalan cuaca 3 hingga 4 hari akan terus hujan," kata Yuneswaran lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page