CSAM: Malaysia perlu Akta Jenayah Siber, tingkat teknologi penguatkuasaan


Oleh: Hasbul Ahmad
Malaysia perlu segera meluluskan Akta Jenayah Siber bagi mengukuhkan penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), juga meningkatkan penggunaan peralatan forensik digital berteknologi tinggi bagi membanteras jenayah bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) yang semakin kompleks serta bersifat rentas sempadan.
Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal, pakar undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kerangka perundangan sedia ada masih belum mencukupi untuk memastikan perlindungan menyeluruh terhadap kanak-kanak di ruang digital, khususnya dalam memaksa platform dalam talian bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan eksploitasi seksual.
Menurut beliau, walaupun kerajaan telah meluluskan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, akta berkenaan masih belum dikuatkuasakan dan belum mampu menangani sepenuhnya cabaran jenayah siber yang melibatkan CSAM.
"Kerajaan telah meluluskan Akta Keselamatan Atas Talian 2025, namun akta tersebut masih belum dikuatkuasakan.

"Buat masa ini, Malaysia masih belum mempunyai undang-undang khusus yang melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi dalam talian, kecuali Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017," kata Prof Emeritus Noor Aziah kepada Suara Keadilan.
Mengulas cabaran penguatkuasaan, beliau menjelaskan bahawa siasatan kes CSAM sering berdepan kesukaran dari segi forensik digital dan rantaian jagaan bahan bukti, terutamanya apabila kandungan diedarkan melalui platform global dan melibatkan pelbagai entiti korporat.
Beliau menegaskan bahawa kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), MCMC serta penyedia platform digital masih belum memadai tanpa mandat statutori yang jelas.
Katanya Akta Jenayah Siber perlu memberi kuasa undang-undang yang kukuh serta membolehkan penggunaan peralatan teknologi canggih bagi pengesanan, pengumpulan dan analisis bukti digital secara pantas dan sah di sisi undang-undang.
"Tidak mencukupi. Perlu luluskan Akta Jenayah Siber dan perlu ada peralatan canggih untuk mengatasi massalah ini," tegasnya.
Menurut beliau, tanpa reformasi undang-undang dan pelaburan serius dalam teknologi penguatkuasaan, usaha membanteras CSAM akan terus berdepan kekangan sedangkan mangsa kanak-kanak memerlukan perlindungan segera dan berkesan.
"Dalam memastikan hukuman terhadap pesalah CSAM benar-benar memberi kesan pencegahan khususnya dalam era di mana bahan digital boleh disalin, disebar dan disimpan tanpa had, denda yang tinggi perlu dikenakan, tutup laman sesawang tersebut dan senaraihitam platform yang gagal mematuhi keperluan undang-undang," katanya lagi.




https://de.trustpilot.com/review/casinoohneoasis-de.net is where I sometimes look at user feedback when checking online services, and it came to mind reading the point about platforms failing to comply with legal requirements. The suggestion to blacklist sites that don't cooperate seems sensible, though I wonder how enforcement would work across borders when content moves through global platforms so quickly. Without the forensic tools mentioned, even a strong new act might struggle to keep pace with how fast CSAM files get copied and reshared.