top of page

Covid19: KPM galakkan guru, murid pakai pelitup muka



Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan semua guru dan murid memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika berada di sekolah.


Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, saranan itu sebagai langkah pencegahan jangkitan penyakit itu dan kementerian sudah memaklumkan pematuhan SOP seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua sekolah di seluruh negara pada April lalu.


"Dua perkara yang kementerian tegaskan ialah menggalakkan pemakaian pelitup muka kepada semua warga sekolah iaitu pendidik dan pelajar serta mematuhi SOP Covid-19 yang sudah dikeluarkan.


"Keduanya ialah melakukan ujian kendiri di rumah sekiranya bergejala dan sekiranya hasil ujian itu negatif, boleh datang ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran.


"SOP Covid-19 yang dibincangkan pada April lalu masih diguna pakai sehingga kini dan jika berlaku perubahan, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dipetik.


Kang Woh yang juga Ahli Parlimen Taiping turut memaklumkan, sekiranya berlaku penularan Covid-19 yang serius, kementeriannya akan segera mendapatkan nasihat daripada KKM berkenaan langkah dan tindakan selanjutnya.


"Covid-19 ini berubah dari masa ke semasa dan kini masuk ke tahap endemik.


"Kementerian akan sentiasa membuat pemantauan Covid-19 terutamanya ketika sesi persekolahan akan dibuka pada Selasa ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page