top of page

Covid tidak jejas ekonomi: Menteri Kewangan mengelirukan - Anwar

Oleh: Redzuan Shamsudin

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sepanjang wabak Covid 19 kelihatan mengelirukan kerana membayangkan ekonomi Malaysia seolah-olah tidak terjejas. Menurut mantan Menteri Kewangan (1992 - 1998) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas CEO CIMB Group Holdings Berhad itu tidak sewajarnya membayangkan situasi yang terlalu mulus mengulas harga kejatuhan minyak mentah sekitar AS$20 setong baru-baru ini, kononnya Malaysia telah menjangkakannya dalam unjuran ekonomi. "Pengurus CIMB mungkin tidak tahu dari segi ekonomi makro tetapi komen-komen beliau itu mengelirukan. Umpamanya, untuk buat unjuran kononnya tahu harga minyak (akan jatuh). Satu dunia tidak tahu. Kalau turun sedikit mungkin, tapi merudum adalah di luar jangkaan. "Unjuran belanjawan tahun lalu harga minyak AS$63 setong, sekarang turun AS$20. Bulan lalu Tengku Zafrul kata AS$30 setong. Dia tidak sebut pula turun lagi (jika telah menjangka). "Oleh kerana harga turun maka belanjawan perlu dirancang semula. Pendapatan negara akan terkesan dengan besar," ujar Anwar kepada Suara Keadilan. Selain itu, Anwar juga menegur Menteri Kewangan kerana menggembar-gemburkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 5.8% pada 2021 namun tidak menyebut dengan jelas pertumbuhan pada 2020. Katanya, jika ekonomi meleset - 0.5% atau - 4% pada 2020, angka 5% tidak boleh dicapai seandainya dicampurkan angka kemelesetan. "Menteri Kewangan saya tegur kerana mengutip daripada (agensi) Fitch Rating angka pertumbuhan 2021 sebanyak 5.8%. Walaupun kita tahu tahun ini meleset bila PKP dipanjangkan, dan banyak pengangguran. "Ada yang jangka ekonomi - 0.5% hingga - 4%. Untuk kita melonjak V curve pada tahun depan, tidak ramai meramal berlaku begitu. Sebelum Covid pun pertumbuhan 4.3%. Melainkan dia (menteri) buat perkiraan ambil daripada base line. Tahun ini 0% maka tahun depan 5%, dikira dari 0. Tetapi perkiraan sebenarnya bukannya begitu. "Katakan tahun ini - 4%, tahun depan (sepatutnya) naik 2%, tetapi kita kata 6% (tanpa ambil kira - 4%). Saya rasa dalam hal ini perlu ada sikap lebih jujur dalam menetapkan angka ekonomi," katanya. Menurut Anwar lagi, penganalisis ekonomi tidak mengunjurkan pemulihan dalam masa singkat. Cuma, katanya, mungkin Menteri Kewangan ingin melunakkan keadaan agar rakyat diyakinkan ekonomi bakal melonjak pada 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page