top of page

Covid: Tiada SOP khas musim perayaan Aidilfitri



Kerajaan memutuskan tiada sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas bakal dilaksanakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam berkata, walaupun berlaku peningkatan baharu kes Covid-19 kebelakangan ini, beberapa langkah pencegahan telah pun dilaksana bagi menangani penularan wabak berkenaan.


"Memang jumlah kes Covid-19 sedang meningkat, tetapi masih dalam keadaan yang terkawal. Ini kerana penularan baharu melibatkan sub varian Omicron.


"Rakyat tidak perlu berasa panik kerana walaupun berlaku peningkatan, namun situasinya masih dalam keadaan terkawal dan walaupun ia mudah untuk berjangkit tetapi tahap teruk bagi kes-kes itu adalah sangat rendah, jadi tidak perlu berasa bimbang," katanya.


Ahli Parlimen Sikijang itu sebelumnya ditemui pemberita sempena Lawatan dan Sumbangan Aidilfitri di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di Kulai.


Dalam masa sama, Zaliha berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) tetap menggalakkan masyarakat untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri ini, khususnya ketika mengadakan kunjungan.


"Pada musim perayaan ini, pastinya akan ada kunjung-mengunjung, dan makan-makan, jadi kita minta masyarakat awam peka. Sekiranya mereka berasa kurang sihat, lakukan ujian saringan sekiranya perlu.


"Jika benar mereka dijangkiti, ambil langkah pencegahan dengan menjaga jarak dan pergaulan, manakala langkah pencegahan lain seperti memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan menjaga kebersihan," katanya lagi.


Sebagai rekod, antara 9 April hingga 15 April 2023 lalu sebanyak 5,149 kes Covid-19 baharu telah dilaporkan, dengan jumlah kumulatif kes yang dikesan sejak penularannya di negara ini telah melebihi 5 juta kes.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page