top of page

Covid-19 terkawal, tiada lagi peningkatan kes - Dr Dzulkefly



Situasi Covid-19 di dalam negara berada pada tahap terkawal dan tiada peningkatan ketara kes direkodkan selepas dua tahun negara memasuki transisi endemik setakat ini.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada satu sidang media di Kuala Selangor semalam berkata, berdasarkan data terbaharu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jumlah kes jangkitan dan kemasukan pesakit ke hospital atau fasiliti kesihatan adalah terkawal.


"KKM mendapati tiada berlaku ledakan kes berkaitan Covid-19 termasuk pesakit yang dimasukkan ke wad atau unit rawatan rapi (ICU)," katanya dipetik.


Beliau sementara itu menegaskan, tiada lagi pemberian vaksin dan arahan untuk dikuarantin seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.


Namun, mereka yang bergejala perlu memakai pelitup muka dan membuat pemeriksaan di fasiliti perubatan sekali gus melindungi orang lain daripada dijangkiti.


"KKM akan terus memantau institusi kesihatan awam termasuk membuat hebahan umum jika berlaku peningkatan kes.


"Golongan rentan terutama warga emas dan komorbiditi dinasihatkan berwaspada terutama ketika berada di kawasan padat dan berisiko tinggi. Rakyat kini perlu meneruskan fasa hidup dengan Covid-19 yang sama dengan virus sedia ada lain," kata Dr Dzulkefly.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page