top of page

Covid 19: Tambah bantuan tunai untuk rakyat terjejas


Kerajaan Perikatan Nasional digesa untuk menambah nilai bantuan tunai di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khususnya bagi golongan berpendapatan rendah. Hal ini, menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sangat perlu memandangkan sejumlah rakyat dilaporkan kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji bulanan mereka. Katanya, bantuan BPN sebanyak RM1,600 bagi B40 dan RM1,000 untuk M40 sebelum ini tidak cukup menampung perbelanjaan rakyat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 bulan. "Saya mencadangkan supaya bantuan tunai ditambah amaunnya dan dilanjutkan lagi tempoh penerimaan. Sebab BPN yang sedang berjalan, sebahagiannya dapat bulan Mei (bayaran akhir), sedangkan banyak rakyat terkesan. "Saya beri contoh 170,000 sampel Jabatan Perangkaan, (menunjukkan) separuh daripadanya akan hilang pendapatan (hilang kerja). 1/3 lagi menyusut (pendapatan) sampai 90%. Itu menguatkan lagi hujah kita bahawa bantuan tunai kena segera. Tak boleh ada red tape, birokrasi dan lain-lain," katanya kepada Suara Keadilan. Jelas Saifuddin lagi, bantuan untuk membeli makanan amat perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kerajaan memikirkan perkara lain kerana rakyat yang terdesak akan melakukan apa sahaja untuk meneruskan survival mereka. "Kita tengok PKPD seperti di Pasar Borong Selayang, diletakkan kawat berduri, itu pun mereka melanggar kerana (mahu) makanan. Mereka mengadu makanan tak sampai. "Ini perkara asas sebelum bercakap (pemimpin) idealisme politik dan sebagainya. Isu makan kena selesai dahulu sebelum nak sebuat hal-hal yang lain," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page