top of page

Covid 19: Setelah mencatat 26,683 kematian rakyat Malaysia mula terima berita baik - Kit Siang



Mungkinkah pandemik Covid 19 di Malaysia akan berakhir menjelang hujung tahun?


Soalan yang melegakan hati tersebut mula berlegar di minda rakyat apabila melihat data terbaharu jangkitan harian Covid semalam yang hanya sekitar 9,000 kes.


Bagi supremo DAP, Lim Kit Siang, harapan kian cerah buat rakyat Malaysia sejak negara memperolehi imuniti berkelompok dengan lebih 80% orang dewasa telah divaksinasi.


"9,066 kes harian baharu Covid-19 yang dicatatkan semalam adalah berita terbaik sejak hampir tiga bulan. Pada 8 Julai 2021, Malaysia merekodkan 8,868 kes baharu Covid-19.


"Kita merekodkan kes lima angka selama hampir tiga bulan sejak 13 Julai, dan semalam, adalah kali pertama kita berjaya menurunkan angka kes kepada julat empat angka.


"Kita mengambil masa lebih dari sebulan untuk mencatatkan penurunan dari puncak 24,599 kes baharu Covid-19 pada 25 Ogos kepada julat empat angka.


"Adakah kita memerlukan sebulan lagi sebelum angka kes menurun ke paras tiga angka dan adakah kes harian baharu Covid-19 akan menurun ke paras dua angka semasa Khairy Jamaluddin melengkapkan 100 hari pertama perkhidmatannya sebagai Menteri Kesihatan?" kata Kit Siang dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, rakyat amat lelah menghadapi gelombang jangkitan Covid-19 yang terpanjang di dunia sejak Pilihan Raya Negeri Sabah pada September tahun lalu.


Tambahnya, semasa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengisytiharkan darurat melawan wabak Covid pada 11 Januari lalu jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 138,224 dengan 555 orang terkorban


Namun semasa beliau meletakkan jawatan, ujar Kit Siang, pada 16 Ogos lalu jumlah kes keseluruhan jangkitan serta korban akibat Covid-19 masing-masing telah meningkat kepada 1,424,639 dan 12,784. Sehingga hari ini jumlah kes keseluruhan jangkitan Covid sebanyak 2,277,565 dengan 26,683 kematian terkumpul.


"Kita kini berada di kedudukan ke-20 antara negara-negara dengan kes keseluruhan Covid tertinggi, sedangkan kita pernah berada di kedudukan ke-89 dalam senarai tersebut semasa kita menyambut Hari Kebangsaan ke-63 pada 31 Ogos 2020.


"Mampukah Malaysia berhenti daripada memintas lebih banyak negara dan memastikan kita tidak mencapai 2.5 juta kes terkumpul Covid dan 30,000 kematian terkumpul akibat wabak itu menjelang 100 hari pertama perkhidmatan Khairy sebagai Menteri Kesihatan pada 7 Disember?


"Inilah cabaran 100 hari pertama Khairy," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page