top of page

Covid 19 Selangor: Jumlah jangkitan turun drastik hasil peningkatan vaksinasi - MB



Jumlah jangkitan Covid 19 mencatat penurunan yang membanggakan di seluruh Selangor sejak seminggu lalu.


Negeri yang pernah mencatat malapetaka jangkitan harian melebihi 8,000 kes itu kini hanya mempunyai sekitar 2,500 kes.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, penurunan drastik jangkitan Covid berhubung kait kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk Selangor yang melepasi 90% dos pertama.


Hal itu, katanya menyumbang kepada penurunan jumlah jangkitan di Lembah Klang yang menyaksikan Wilayah Persekutuan mencatat jangkitan harian di bawah 600 kes sejak 5 hari lalu.


"Ini disebabkan impak utama hasil kadar vaksinasi yang tinggi di Lembah Klang," kata Amirudin di akaun Twitternya.


Manakala kata MB lagi, peratusan penggunaan katil di hospital seluruh Selangor juga tidak lagi mencapai kapasiti maksimum sebagaimana dilihat sebelum bulan September lalu.


"Kapasiti dan Peratus Penggunaan Katil Hospital di Selangor terus mencatatkan penurunan sehingga mencecah 57%. Ini adalah impak utama kadar vaksinasi yang tinggi di Lembah Klang," katanya lagi.


Kempen vaksinasi Selangor yang berjaya dibantu dengan pembelian 500,000 dos vaksin oleh Kerajaan Negeri dan telah menunjukkan hasil yang baik sejak pertengahan Ogos.


Pada September, buat pertama kali Selangor jatuh ke kedudukan kedua di bawah Sarawak dalam senarai jangkitan harian Covid 19 kebangsaan.





0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page